Aidil dedah SMS, bukti Rita Rudaini menipu
Menerusi laman sosial Instagram Aidil Zafuan,
pemain bola sepak ini telah mendedahkan gambar bukti SMS berkaitan tentang
anak-anaknya bahawa Rita Rudaini tidak pernah membalas SMS setiap kali Aidil
bertanya khabar tentang anak-anak mereka.
Tindakan tersebut seolah-olah menunjukan Aidil
Zafuan telah hilang sabar dengan perangai Rita Rudaini yang sering menipu dan
menuduhnya mengabaikan anak-anak mereka.
Ini komen Aidil Zafuan:
"Dgn manusia kau blh tipu tapi dgn tuhan jawab di
akhirat nanti.tak pernah mintak konon selame ni aku diam kau pijak kepale aku.
Selame ni aku diam.bgi tau org aku langsung tak
igt anak2 tapi aku msg sekali pon kau tak jwb..ni bukti dia.kadang2 aku perlu
pertahan diri.dulu aku blh diam skrg jgn sekali kau pijak aku.
Ni bln ni punya duit anak2.yg lain2 tak perlu nak
tunjuk coz sy dah bukti kan di makamah.sy tak pernah abai kan nafkah anak2
sy.hari ni sy btl2 hilang sabar.dulu aku diam tak bermakna aku kalah.
Selain gamba printscreen SMS, Aidil juga
memuat naik gambar transaksi nafkah bulanan untuk anaknya yang berjumlah
RM2000.
Apa-apa pun kita tunggu dan lihat apa kata Rita
Rudaini pula tentang perkara ini. Diharapkan Rita dan Aidil dapat menyelasaikan
masalah mereka secara aman. Doakan yang terbaik buat mereka berdua.
0 Response to "Aidil Dedah SMS, Bukti Perangai Sebenar Rita Rudaini"
Post a Comment