Dari
semasa ke semasa saya juga diminta terlibat apabila saudara mara mengadakan
majlis kenduri kahwin. Kini saya merasakan begitu ngeri sekali apabila melihat
betapa umat Islam hari ini telah lari jauh dari ajaran Islam dalam menjalankan
majlis kenduri kahwin.
Kali
ini saya ingin membincangkan perihal majlis perkahwinan ini di kalangan umat
Islam di Malaysia.
Perkara
1:
Adakah
hantaran belanja termasuk di dalam ajaran Islam?
Setelah
merujuk dalil berkenaan perkara ini, sememangnya hantaran belanja tidak
termasuk dalam ajaran Islam. Islam hanya meminta seorang lelaki yang ingin mengahwini seorang perempuan untuk
membayar maskahwin sahaja. Maskahwin ini boleh terdiri dari emas, duit, besi
atau sekadar bacaan dari Al Quran.
Maskahwin
adalah pemberian yang wajib diberi oleh suami kepada isterinya dengan sebab
perkahwinan.Firman Allah s.w.t. yang bermaksud:
”Berikanlah
kepada orang-orang perempuan itu maskahwin mereka“( Surah An-Nisaa’ – Ayat 4 )
Sabda
Rasulullah s.a.w. yang bermaksud:
“Carilah
untuk dijadikan maskahwin walaupun sebentuk cincin yang diperbuat daripada besi
.” ( Riwayat Bukhari )
Dari
hadith di atas nyatalah bahawa maskahwin boleh dijadikan daripada apa sahaja
asalkan benda itu berguna dan berfaedah sama ada berupa wang, barang atau
sesuatu yang bermanfaat sebagaimana diberitakan Rasulullah s.a.w. pernah
mengahwinkan seorang lelaki yang tiada memiliki sesuatu pun untuk dijadikannya
maskahwin lalu Rasulullah s.a.w. bertanya kepada lelaki itu, adakah pada engkau
(hafaz ) sedikit daripada ayat Al-Qur’an, lelaki itu menyahut bahawa ia
mengingati beberapa surah kemudian Rasulullah s.a.w. pun mengahwinkan lelaki
itu dengan bermaskahwinkan surah yang diajarkan kepada perempuan yang bakal
menjadi isterinya.
Maskahwin
itu tidak dihadkan oleh syarak banyak atau sedikit, jadi untuk menentukan
banyak atau sedikitnya itu terpulanglah kepada dua pihak di atas persetujuannya dan berdasarkan taraf atau
darjat pengantin tersebut dan hukum syarak tidak menggalakkan maskahwin yang
terlalu tinggi yang menyebabkan kesukaran bagi pihak lelaki.
Sebagaimana
sabda Rasulullah s.a.w. yang bermaksud:
”Sebaik-baik maskahwin ialah yang lebih rendah “. ( Riwayat Abu Daud )
Dan
sabda Rasulullah s.a.w. yang bermaksud:
”Sesungguhnya yang besar berkat nikah ialah yang sederhana belanjanya “. (
Riwayat Ahmad )
Mas
kahwin ini yang bakal diterima oleh bakal isteri menurut ulamak tidak boleh
diambil oleh ibu bapa wanita atau oleh bakal suaminya. Maskahwin ini tidak
boleh digunakan untuk majlis jamuan makan kenduri kahwin.
Hantaran
belanja yang kini mencecah belasan ribu RM adalah tambahan adat Melayu yang
bukan untuk memudahkan proses berkahwin tetapi sebenarnya adalah untuk
menyusahkan orang yang ingin berkahwin.
Perkara
2:
Adakah
bersanding dan berinai merupakan ajaran Islam?
Setelah
dikaji dari sumber yang sahih dari hadis dan sunnah, sememangnya adat ini juga
tidak bersumber dari ajaran Islam. Ia lebih bersumberkan ajaran dari agama
Hindu. Malahan adat tepung tawar yang berasal dari ajaran Hindu masih lagi dikekalkan pada hari ini.
Apa
yang saya lihat dari majlis bersanding dan berinai ini lebih kepada pembaziran
dan sesungguhnya didalam Al Quran dikatakan orang yang membazir Tuhan
mengatakan mereka itu adalah kawan-kawan syaitan.
Disini
kita faham, membazir itu sangat dibenci Tuhan, sehingga Tuhan kata “Siapa yang
membazir itu adalah kawan syaitan”. Mari kita belajar apa itu membazir? Erti
membazir itu ialah menggunakan nikmat Tuhan, bukan kerana Tuhan. Menggunakan nikmat dari Tuhan iaitu
wang ringgit untuk disedekahkan kepada anak yatim bukan membazir kerana ia
dilakukan kerana Allah.
Menyewa
dan memasang peralatan pelamin lengkap dengan pelbagai lampunya bukan dapat
RM400. Sudah pastinya ini adalah satu pembaziran.
Perkara
3:
Wajarkah
menyediakan tepak sirih dan sirih junjung?
Pada
zaman dahulu rombongan pengantin lelaki membawa tepak sirih dan sirih junjung
adalah bertujuan semoga semua ahli rombongan dan pihak tuan rumah dapat
bersama-sama makan sireh, maklumlah majoriti orang zaman dahulu memang makan
sireh. Apa perlunya pada zaman sekarang, beli sireh, upahkan orang menyusunnya,
usung ke hulu dan ke hilir sebagai tontonan dan akhirnya ke tong sampah!
Adalah
jauh lebih baik bawa pizza barang 5 keping yang bersaiz besar untuk sama-sama
makan iaitu ahli rombongan pengantin lelaki dan pihak tuan rumah. Kalau tak nak
makan, tak payahlah bawa pizza.
Sirih
junjung sah barang membazir dan menyusahkan sahaja.
Perkara
4:
Apakah
sebenarnya tujuan pengantin perempuan bermake up di majlis persandingan ini?
Antara
jawapannya mungkin ialah:
1.
Supaya aku kelihatan cantik menarik
2.
Supaya orang ramai memuji aku bahawa sesungguhnya aku memanglah cantik
3.
Agar aku dapat menarik perhatian orang ramai dengan kecantikan aku
4.
Mungkin untuk menutup kecacatan di muka saya seperti jerawat dan jeragat
5.
Engkau ingat aku ni tak cantik ke?
6.
Supaya orang tertawan dengan aku melalui kecantikan wajah aku ni.
Apa
yang jelas dari bermake up adalah satu dosa dan melakukan sesuatu untuk
mendapat pujian adalah riak. Semua perkara ini adalah perbuatan mungkar yang
membawa dosa dan musibah dari Allah. Takutilah azab Allah dan sesungguhnya azab
Allah itu perit.
Membuat
sesuatu perkara semata-mata untuk mendapat dosa dan azab adalah sesuatu
kezaliman dan ke****han.
Tambahan
pada 23 Ogos: Saya ada satu tambahan cerita sebagai iktibar. Ayu seorang anak
yang baik dan kelihatan baik. Ayu menjaga auratnya serta bercampur dengan kaum
lelaki secara sopan. Ayu belajar di sekolah aliran agama hingga tingkatan 5.
Sambung pelajaran di luar negara dan berjaya mendapat pekerjaan yang baik.
Ayu
cukup menjaga sentuhan yang tidak perlu sehingga mengelakkan dari bersalam
dengan pakcik sebelah suami adek beradek ibu ayahnya. Namun apa yang sangat
saya kesalkan ialah demi untuk kelihatan cantik anggun bergaya dengan berbagai
solekan make up terkini, sewaktu berinai dan bersanding, seorang jurusolek khas
dari kaum lelaki mengandamkan Ayu. Juru andam lelaki inilah yang menghiaskan
Ayu. Waktu ini agaknya bersentuhan dengan kaum lelaki sudah berubah hukum dari
haram kepada sunat agaknya!! Begitulah seperti diajarkan oleh arwah guru, satu
dosa akan menggamit dosa-dosa yang lain.
Perkara
5:
Apakah
tujuan membuat majlis kenduri kahwin ini?
Berdasarkan
Islam, sepatutnya majlis perkahwinan ini dilakukan bertujuan:
Mengadakan
majlis walimah untuk pernikahan sepasang pengantin merupakan anjuran dan sunnah
Rasulullah SAW kerana dengan adanya majlis walimah, sesuatu perkahwinan itu
boleh diumumkan kepada khalayak, demikian juga para tetamu undangan boleh
menghadirinya sambil bersilaturrahim dan mendoakan kebahagiaan pasangan
pengantin.
Ia
juga sebagai satu tanda kesyukuran kepada Allah SWT kerana diberikan rahmatnya
iaitu seorang menantu dan tanda kesyukuran ini ialah dengan menjamu tetamu
makan terutama sekali yang miskin.
Islam
mengajarkan umatnya untuk mendahulukan orang fakir miskin sebagaimana mafhum
hadis berikut. Hal ini dijelaskan Rasulullah dalam sebuah hadis yang telah
diriwayatkan Bukhari bermaksud: “Sejelik-jelik makanan ialah makanan dari
majlis kenduri kahwin yang hanya dijemput orang kaya, orang fakir dan miskin
tidak diundang untuk makan bersama.”
Namun
kini manusia melakukan majlis kenduri kahwin ini dengan pelbagai tujuan
antaranya:
1.
Memberitahu masyarakat bahawa aku mampu membuat majlis kenduri dengan penuh
kemewahan dengan belanja melebihi RM20,000.00
2.
Aku ini orang berduit. Lihatlah majlis kenduri kahwin ini.
3.
Orang yang lebih miskin dari aku pun berani belanja lebih RM20,000.00 untuk
majlis kenduri kahwin. Tak kan aku dengan gaji lebih besar dari dia tak sanggup
belanja lebih RM20,000.00 untuk kenduri kahwin!!!
4.
Majlis mewah seperti ini barulah sesuai dengan status saya sebagai orang
berduit di kawasan perumahan ini.
5.
Anak aku bukan janda atau minah kilang, kenalah buat majlis yang grand habis.
6.
Biarlah orang asyik bercerita tentang kehebatan majlis kenduri saya ini.
Barulah seronok.
7.
Kalau aku keluar belanja RM20,000.00 tetapi dapat sumbangan RM25,000.00
bolehlah dapat keuntungan dari majlis kenduri kahwin ini.
Perkara
6
Mengapa
hantaran belanja perlu dibayar dengan bayaran yang tinggi?
Bayaran
hantaran belanja yang tinggi tidak pernah disarankan oleh Islam. Sebagaimana
telah saya jelaskan dalam perkara 1 di atas, Islam menggalakkan mahar yang
rendah semoga memudahkan proses perkahwinan.
Antara
tujuan mengenakan bayaran hantaran belanja yang tinggi mungkin ialah:
1.
Menilai status keluarga dan pekerjaan anak dara yang ingin dikahwini. Lagi tinggi status keluarga, lagi mahal hantaran
belanja. Kalau anak dara yang ingin dikahwini ini sekadar minah kilang,
murahlah sikit hantaran belanja. Kalau ada degree apatah lagi kalau berjawatan
tinggi seperti doktor atau jurutera atau pensyarah, kenalah letak hantaran
belanja yang tinggi. Kalau artis kenalah lagi tinggi.
2.
Boleh bermegah dengan masyarakat sekeliling. Maklumlah kalau hantaran belanja
sekadar RM5000.00, macam mana nak bermegah.
3.
Lagi tinggi hantaran belanja, lagi mewah majlis kenduri boleh diadakan. Baru
ada kelas!!
4.
Boleh beli set bilik tidur yang ada kelas. Nanti kalau orang masuk bilik
pengantin, taklah malu atau koman sangat.
5.
Aku sudah membelanjakan sekian banyak duit untuk membesarkan dan mendidik anak
perempuan aku. Siapa nak kahwin dengannya kenalah sanggup keluar duit yang
tinggi. Nak beli lembu seekor pun sudah lebih dari RM2000 ini kan pula anak
aku!
Sebenarnya
dengan meletakkan hantaran belanja yang tinggi, inilah dia tujuan sebenarnya yang tidak disedari atau dengan
disedari:
1.
Agar orang Melayu Islam semakin sukar dan melewatkan untuk berkahwin secara
sah.
2.
Menggalakkan maksiat, maklumlah nak kahwin tak mampu
3.
Melatih calon menantu satu latihan yang amat penting iaitu BERHUTANG UNTUK
KAHWIN.
4.
Agar anak lelaki lupa tanggung jawab kepada ibu bapanya yang telah membesarkan
dan mendidik untuk sekian lama. Tiba-tiba bila baru dapat degree nak kahwin,
nak beri duit kepada ibu bapa sudah tiada lagi maklumlah kena menabung untuk
membayar kos berkahwin yang gila habis. Bukan cukup RM15,000.00 untuk kahwin. Itu belum masuk
lagi duit ansuran kereta, sewa rumah dan potongan PTPTN.
5.
Agar belajar untuk AMBIL RASUAH DAN AMBIL KOMISYEN di tempat kerja agar
memudahkan urusan untuk berkahwin
6.
Mendidik anak Melayu dengan budaya BIAR PAPA ASAL BERGAYA
7.
Agar selepas kahwin pasangan ini hidup melarat maklumlah hutang keliling pinggang. Bolehlah kelak selalu berperang
suami isteri bila dah bengang.
Perkara
7
Bagaimana
untuk mempastikan hari kenduri kahwin cuaca adalah baik tanpa hujan.
Bila
kos makanan tetamu sahaja sudah mencecah lebih daripada RM15,000.00, tuan rumah
mulalah naik risau kelak kalau waktu majlis kenduri kahwin hujan ribut dari
pagi sampai petang, orang ramai tak datang, macam mana dengan makanan yang
berlebihan dan paling penting tentunya duit sumbangan pun tak masuk, rugi
besarlah. Bagi mempastikan hari kenduri kahwin tidak mengalami hujan ribut
maka:
1.
Pergi berurusan dengan bomoh atau dukun yang boleh menahan hujan.
2.
Mengamalkan pelbagai petua orang Melayu seperti membuang pakaian dalam
pengantin ke atas bumbung, meletakkan payung secara terbalik lalu meletakkan
air ke dalam payung terbalik tersebut
3.
Berbagai amalan karut marut lain
Mudahnya
orang Melayu untuk sesat. Allah berikan rahmat dengan diberiNya menantu dibalas
pula oleh manusia dengan melakukan pekerjaan syirik. Memanggil bomoh tolak
hujan adalah sesat dan mengamalkan pelbagai petua seperti di atas juga adalah
sesat.
Baru-baru
ini saya menghadiri majlis kenduri kahwin saudara saya. Pada pukul 11.45, semua
keluarga, saudara mara, penanggah dan tuan rumah makan maklumlah tetamu
dijangka akan datang pada pukul 12.00 tgh sebagaimana tertera dalam kada
jemputan.
Saya
turut makan bersebelahan tuan rumah. Cuaca ketika itu memang terang benderang.
Tuan rumah dalam keseronokan dapat menantu berkata “bagus betullah petua dari
kak chik pakai payung diterbalikkan, cuaca hari ini cukup cantik”.
Astagfirullah…
saya berkata-kata dalam hati. Nak dihujah, keadaan tidak sesuai.
Saya
berkata-kata di dalam hati “kalau macam ini sunnatullahnya tak lama lagi memang
hujan nak turun di majlis ini”. Perbuatan tuan rumah ini bagi kata bidalan
diberikan susu dibalas tuba.
Dengan
kuasa Allah, mulai pukul 1.00 tengahari gerimis halus sudah mula turun.
Kira-kira pukul 1.45 tgh hujan lebat turun sehingga pukul 2.30 ptg.
Dalam
hati saya berkata “Inilah satu pengajaran yang sangat baik kepada orang yang
mensyirikkan Allah. Percaya benar payung terbalik ada kuasa untuk mengelakkan
hujan turun. Sama sebiji macam orang kafir berharap kepada patung yang dibuat
daripada batu, Astagfirullah…”.
Secara
mudahnya tetapi sukar untuk dilaksanakan ialah untuk Allah memberikan rahmatNya
dengan tidak mengirimkan hujan pada hari kenduri kahwin ialah dengan
pelbanyakkanlah solat sunat terutama sekali solat malam. Mintalah kepada Allah
secara terus, insya Allah majlis tersebut tidak turun hujan.
Perkara
8
Majlis
kenduri kahwin adalah majlis untuk berbuat maksiat, Astagfirullah…
Majlis
kenduri kahwin adalah majlis memberi makan kepada orang miskin dan tetamu lain
sebagai tanda kesyukuran kepada Allah. Kalau tak mampu buat kenduri besar,
buatlah sekadar saranan Islam iaitu sekadar sembelih seekor kambing. Jemputlah
orang yang perlu sahaja seperti jiran terdekat dan saudara mara terdekat.
Inilah latihan yang baik dari Islam sebagaimana majlis aqiqah apabila dapat
anak.
Kini
dalam majlis kesyukuran majlis kenduri kahwin sudah menjadi pesta maksiat dan
antaranya ialah seperti berikut:
1.
Membayar wang yang banyak kepada DJ, PA system, sistem karaoke, kugiran dan
penyanyi. Ini namanya mengeluarkan duit untuk membeli dosa. Sila baca artikel
berkaitan muzik bertajuk Hukum bermain muzik dan nyanyian menurut Islam di
http://emjayjb.multiply.com/journal/item/40.
Membazir
sudah satu dosa. Bermain muzik dan nyanyian apatah lagi nyanyian oleh orang
perempuan adalah juga dosa. Tak takut sungguh manusia dengan dosa.
2.
Bergilir-gilir anak dara belajar buat dosa iaitu menyanyi secara karaoke.
Inilah platform yang amat cantik untuk menjadi penyanyi macam Siti Nurhaliza,
tok guru buat dosa dengan menyanyi.
3.
Orang lelaki pula seronok mendengar nyanyian secara karaoke oleh anak dara.
Redha dengan perbuatan ini adalah dosa dan kelak di akhirat Allah tuang besi
cair ke telinga.
4.
Inilah masa bagi anak dara menayang body dengan pasang badan agar dapat menarik
perhatian lelaki dan lebih baik lagi kalau dapat boyfriend. Mereka pakai
pakaian yang ketat, tidak menutup aurat, bermake up, berminyak wangi dengan
lengang lengguk badan dan punggung untuk mendapatkan perhatian. Astagfirullah….
5.
Bagi wanita yang sudah berkahwin, ada yang menjadikan majlis ini untuk
menunjukkan bahawa badannya masih cantik walaupun sudah ada anak dengan memakai
pakaian pelbagai fesyen yang jauh dari kehendak Islam.
6.
Menjadikan majlis kenduri kahwin sebagai majlis pesta fesyen pakaian. Ada yang
terbelah mendedah peha, ada yang low cut mendedahkan buah dada yang membulat
dan sebagainya.
7.
Pesta bagi wanita menunjukkan kekayaan dengan memakai pelbagai barang kemas
yang mahal-mahal untuk menjadi kayu pengukur kemewahan masing-masing. Allah
membenarkan barang kemas tetapi bukan untuk tontonan semua orang!!!! Ada wanita
yang sanggup meminjam barang kemas untuk hadir ke majlis kenduri kahwin keran
takut dimalukan.
8.
Kalau dikampung dimana masak memasak diadakan secara gotong royong, inilah satu
pesta yang amat seronok iaitu PESTA KATA MENGATA DAN MENGUMPAT terutama sekali
dikalangan orang perempuan, Astagfirullah….
9.
Tidak cukup dengan muzik dan nyanyian, diadakan pula majlis tari menari joget
lambak. Yang muda dan yang tua tak sedar diri berjoget antara lelaki dan
wanita, Astagfirullah….
10.
Disetengah tempat, majlis kenduri kahwin adalah majlis mengajar kanak-kanak
lelaki untuk merokok kerana tuan rumah memang menyediakan banyak rokok secara
percuma untuk semua penanggah. Hisaplah seberapa banyak yang diingini asalkan
sanggup menjadi penanggah.
Saya
mengalu-alukan pandangan balas lain dari pembaca agar isu ini dapat ditangani
dengan sewajarnya berlandaskan Islam.
Islam
menyarankan majlis kenduri kahwin tetapi realitinya majlis kenduri kahwin kini
menjadi satu majlis yang mengundang pelbagai dosa, bagaimanalah Allah nak
memberikan rahmatNya kepada pengantin yang baru berkahwin ini.
Sekian
wassalam wallahualam
0 Response to "8 Perkara Bertentangan Dengan Islam Dalam Majlis Perkahwinan"
Post a Comment