KAMPUNG RAJA – Seorang wanita terkedu apabila
menyaksikan aksi seks adik lelakinya dengan seorang remaja perempuan di atas
buaian berhampiran rumahnya di Kampung Jerebun, Hulu Besut pada 25 April lalu.
Ketua Polis Daerah, Superintendan Kamaruddin Mohd
Zakaria berkata, kejadian kira-kira jam 6 petang itu turut mengejutkan pasangan
itu yang asyik berasmara di atas buaian.
Menurutnya, kakak lelaki itu kemudian bertanyakan
adiknya apa yang dilakukan mereka dan adiknya itu mengaku melakukan hubungan
seks dengan remaja perempuan terbabit.
“Sebelum itu, remaja perempuan berumur 14 tahun yang
masih belajar dalam tingkatan dua di sebuah sekolah menengah di daerah ini telah
keluar dari rumahnya di Bukit Tanah, Kerandang dan pergi ke rumah teman
lelakinya di Kampung Jerebun,” katanya.
Kamaruddin berkata, ketika bersembang di halaman rumah
teman lelakinya, lelaki tersebut telah melakukan seks dengan remaja perempuan
itu di atas buaian di halaman rumah.
Menurutnya, lelaki itu terkejut apabila apa yang
dilakukan disedari oleh kakaknya yang kebetulan melalui kawasan tersebut.
Sementara itu, keluarga remaja perempuan itu membuat
laporan di Balai Polis Kampung Raja, kelmarin selepas mengetahui kejadian yang
menimpa anaknya.
“Siasatan awal mendapati mereka mempunyai hubungan
yang intim dan suspek dipercayai mengambil kesempatan merogol mangsa,” katanya.
Kamaruddin berkata, polis berjaya menahan suspek
seorang iaitu seorang penganggur berumur 18 tahun berhubung kes itu.
Dia kini ditahan reman sehingga 25 Mei ini untuk
siasatan lanjut.
Kes disiasat di bawah Seksyen 376 Kanun Keseksaan
kerana merogol yang sabit kesalahan boleh dihukum penjara maksimun 20 tahun dan
sebatan.
0 Response to "TERKEJUT LIHAT AKSI ADIK BAWAH UMUR"
Post a Comment