Seorang ibu bertindak merantai anaknya pada basikalnya
yang ditunggangnya dengan alasan itu adalah satu-satunya cara untuk membuatkan
anaknya yang berusia 9 tahun tidak lari daripada rumah lagi.
Wanita tersebut
berbuat demikian selepas menuntut anaknya dari balai polis.
Pihak polis teleh menemui kanak-kanak tersebut di tepi
jalan dan telah membawanya pulang ke balai polis dalam memastikan
keselamatannya. Bagaimanapun, ketika ibu kepada kanak-kanak tersebut datang
untuk menuntut anaknya, kanak-kanak berkenaan enggan mengikut ibunya pulang
malah berkata lebih sanggup tinggal di balai polis sahaja.
Wanita tersebut kemudiannya berjaya meyakinkan pihak
polis yang dia akan melayan anaknya dengan lebih baik selepas ini. Apa yang
berlaku selepas itu, ibu berusia 39 tahun itu bertindak merantai anaknya untuk
mengelakkan kanak-kanak tersebut lari. Kanak-kanak tersebut masih berkeras
tidak mahu mengikut ibunya dilihat mengelupur di atas lantai dan lari memeluk
pokok.
Berdasarkan sumber lagi, wanita berkenaan merupakan
seorang ibu tunggal yang menganggur dan tidak mendapat pendapatan yang tetap.
Beliau juga mendakwa yang anaknya memang suka melarikan diri daripada rumah.
Wanita tersebut bagaimanapun berada di bawah pemerhatian pertubuhan sosial dan
pihak berkuasa.
0 Response to "(2 Gambar) Ibu Muda Sanggup Rantaikan Anak Elak Lari Dari Rumah"
Post a Comment