Kuala
Berang: Seorang ibu tunggal bertindak di luar dugaan apabila memotong tangannya
dalam kejadian di Kampung Durian Kasim, Ajil, dekat sini, semalam.
Dalam
kejadian jam 10 pagi itu, wanita berusia 23 tahun berkenaan, memotong tangannya
dalam bilik air menggunakan tiga pisau pemotong daging tanpa disedari ahli
keluarganya.
Pengerusi
Jawatankuasa Keselamatan dan Kemajuan Kampung (JKKK) Durian Kasim, Kamarudin
Mamat, 53, berkata, mangsa dipercayai mengalami gangguan emosi dan mengambil
tiga pisau pemotong daging sebelum terperap di dalam bilik air bersendirian.
Menurutnya,
wanita itu dikatakan memotong pergelangan tangan kiri hingga putus tanpa
pengetahuan enam ahli keluarga yang ketika itu berada di rumah.
Katanya,
adik-beradik mangsa tidak menyedari kejadian itu kerana wanita berkenaan tidak
mengerang, mahupun menjerit ketika melakukan perbuatan ngeri itu.
“Wanita
itu berbaju lengan panjang dan keluar rumah dalam keadaan berlumuran darah dan
akhirnya rebah di pekarangan kediamannya. Adik mangsa yang kebetulan membaiki
kereta di luar rumah ketika itu terkejut melihat kakaknya rebah di luar rumah
dengan tangan kiri terputus.
“Remaja
lelaki itu segera memaklumkan kepada ahli keluarga sebelum mereka tergamam
melihat pergelangan tangan kiri bersama tiga pisau daging masih berada di dalam
bilik air rumah mereka,” katanya, semalam.
Kamaruddin
berkata, ketika kejadian berlaku dia sedang bekerja tidak jauh dari rumah
mangsa dan bergegas ke lokasi kejadian sebaik mendapat tahu daripada bapa
saudara mangsa.
Menurutnya,
ketika tiba di lokasi kejadian, mangsa bersama cebisan tangan kirinya sudahpun
dibawa ahli keluarga ke Hospital Hulu Terengganu (HHT) untuk rawatan
selanjutnya.
Sementara
itu, jurucakap HHT berkata, pihaknya mengesahkan ada menerima kes wanita
berkenaan jam 11 pagi, semalam.
Menurutnya,
mangsa dirujuk ke Hospital Universiti Sains Malaysia, Kubang Kerian, Kelantan
untuk berjumpa pakar perubatan.
0 Response to "JANDA POTONG TANGAN SENDIRI GUNA 3 PISAU PEMOTONG DAGING"
Post a Comment