MISTERI
PEMBUNUHAN ALONG SPOON YANG INGIN DIKETAHUI RAMAI AKHIRNYA TERJAWAB!
Mungkin
masih ramai yang belum mengetahui cerita sebenar misteri pembunuhan Along
Spoon. Sedar atau tidak, sudah 12 tahun Sabi’ul Malik atau lebih popular dengan
panggilan Along Spoon meninggalkan kita semua.
MISTERI
PEMBUNUHAN ALONG SPOON YANG INGIN DIKETAHUI RAMAI AKHIRNYA TERJAWAB!
Bagi
mereka yang membesar dengan lagu-lagu kumpulan Spoon pastinya tidak dapat
melupakan penyanyi yang pernah mencetuskan satu fenomena dalam industri hiburan
tanah air suatu ketika dulu ini.
Semalam
di dalam kereta ketika balik dari Alamanda, radio Hot fm telah memainkan lagu
Memori sekuntum rindu dendangan kumpulan Spoon. Secara spontan mulut ini
bersuara “Penyanyi lagu nie dah meninggal kan?”.
Tanya
saya kepada abang saya yang juga membesar dengan lagu-lagu Spoon. Pemergian
arwah sebenarnya mengundang banyak persoalan dalam kepala saya yang masih kecil
lagi ketika peristiwa ini berlaku.
Abang
saya pun tanpa berselindung bercerita dari A sampai Z mengikut pengalaman dan
pengetahuan yang ada. Interesting! Cerita abang saya itu telah berjaya menarik
minat saya untuk membuat research pembunuhan kejam itu dan akhirnya saya
menemui jawapannya malam tadi.
Bercerita
mengenai karier, kumpulan Spoon berjaya menerbitkan dua buah album terbaik
iaitu Spoon – Spoon (1998), Spoon – Kembali Merindu (1999). Kehebatan kumpulan
ini telah meletakkan mereka antara kumpulan slow rock terbaik pada zaman itu
dan ketika itu jugalah tercatatnya kegemilangan lagu-lagu jiwang yang ter’best’
dalam sejarah industri muzik Malaysia.
Namun
pada 25 Disember 1999 , Di kala peminat yang setia dengan kumpulan spoon tidak
sabar menanti album seterusnya, satu berita yang mengejutkan tersebar tentang
kehilangan penyanyi muda berbakat ini.
Akhirnya
kehilangan tersebut berakhir dengan penemuan rangka manusia dipercayai milik
Along yang diikat dalam guni di kilometer 28, Jalan Kuala Klawang-Genting
Peras, jelebu. Lihat kronologi di bawah..
Seorang
anggota polis tetap akan menjalani hukuman mati selepas gagal dalam rayuan
terakhirnya di Mahkamah Persekutuan bagi mengetepikan sabitan dan hukuman mati
kerana membunuh penyanyi kumpulan Spoon 11 tahun lalu.
Ketua
Hakim Negara, Tun Zaki Azmi yang mengetuai panel tiga hakim sebulat suara mengekalkan
keputusan Mahkamah Tinggi Seremban yang dibuat selepas mendapati Lans Koperal
Mohamed Ya'cob Demyati bersalah terhadap tuduhan membunuh Sabi'ul Malik Shafiee
atau lebih dikenali sebagai Along (gambar kecil) dan menjatuhkan hukuman mati
terhadapnya pada 10 April 2002.Dua lagi hakim dalam panel tersebut ialah Hakim
Mahkamah Persekutuan, Datuk Seri Md. Raus Sharif dan Datuk Abdull Hamid Embong.
Sewaktu
keputusan itu diumumkan, Mohamed Ya'cob, 44, dari cawangan pengawal pengiring
Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur, kelihatan tenang.
Perkembangan
kes yang memakan masa 9 tahun ini berakhir dengan keputusan pembunuh, Mohamed
Ya’cob dihadapkan ke tali gantung pada tahun 2010. Pembunuhan ini dikatakan
berpunca daripada perasaan cemburu namun di sini saya tidak berani mengulas
mengenai hal ini. Vokalis Spoon pernah digantikan dengan adik kandung kepada
arwah iaitu Azlong, tetapi masih tidak dapat menandingi aura yang dimiliki
arwah.
Kerinduan
peminat terhadap arwah begitu mendalam sehinggakan peminat masih tidak dapat
menerima pengganti selepas pemergian arwah.
Kes
tersebut menjadi bualan hangat bertahun lamanya , hingga kini ramai yang tidak
dapat menerima pemergian tersebut termasuklah ibu arwah sendiri.
Ternyata
research yang saya buat semalam, akhirnya telah menjawab semua persoalan
misteri yang bermain diminda ini mengenai pembunuhan arwah. Al-fatihah untuk
arwah. Semoga rohnya ditempatkan bersama orang-orang yang soleh.
Sumber : cakapKL.com
0 Response to "MISTERI PEMBUNUHAN ALONG SPOON YANG INGIN DIKETAHUI RAMAI AKHIRNYA TERJAWAB"
Post a Comment