Cegah Demam Kuning/Jaundice Bayi Semasa Dalam Kandungan Lagi. Ibu2 Wajib Tahu


Petua yg InsyaAllah amat berkesan….

1. Makan kurma Ajwah setiap hari

Mengamalkan makan kurma Ajwah sebanyak 7 biji sehari setiap hari ketika perut kosong di awal pagi, sejak dari awal kandungan (trimester pertama) hingga ke saat kontraksi (sakit hendak bersalin).
Sebelum makan amalkan baca bismillah sekali dan selawat 7 kali.

2.  Ambil madu asli

Apabila masuk trimester kedua (kandungan berusia 4 bulan) sehingga ke trimester ketiga (9 bulan),  mula mengambil madu
Amalkan 1 sudu kecil setiap pagi sebelum makan kurma Ajwah, dengan bacaan bismillah dan selawat 7 kali yang sama.

3. Minum susu kambing

Jadikan amalan minum susu kambing fresh setiap pagi atau sebelum tidur.

4. Makan buah delima

Pada trimester kedua (usia kandungan 4 hingga 6 bulan)  ambil satu biji penuh buah delima (tanpa berkongsi dengan sesiapa).
Petua ini dari orang-orang tua, yang menyatakan dalam sebiji buah delima, akan ada satu butir delima yang menjadi penawar. Butir yang mana satu, wallahu a’lam.

5. Habbatus sauda’

Sebolehnya  masukkan sedikit serbuk biji habbatus sauda’ dalam masakan.

6. Minyak kelapa dara

Apabila kandungan sudah masuk 7 bulan, saya amalkan minum satu sudu kecil minyak kelapa dara.
Amalan ini juga adalah sebagai selusuh untuk ibu mudah bersalin.

0 Response to "Cegah Demam Kuning/Jaundice Bayi Semasa Dalam Kandungan Lagi. Ibu2 Wajib Tahu"

Post a Comment