Perkahwinan… Siapa di
sini yang tidak mahu kahwin?
Sudah semestinya semua
orang ingin berkahwin. Mempunyai seorang isteri atau suami, mempunyai anak-anak
yang ramai, dan hidup bahagia bersama keluarga yang dibina.
Di dalam perkahwinan
terdapat rahsianya yang tersendiri. Ianya terdiri daripada 7 rahsia utama yang
dikongsikan oleh Dato’ Ismail Kamus, seorang perunding motivasi dan penceramah
bebas serta seorang pengamal perubatan Islam.
Di sini, kami sampaikan
kepada anda 7 rahsia utama dalam perkahwinan.
1. Sunah para nabi dan
rasul
Perkahwinan dianggap
sebagai salah satu daripada sunah para nabi dan rasul. Firman Allah SWT yang
bermaksud,
“Demi sesungguhnya Kami
(Allah) telah mengutus beberapa rasul sebelum kamu dan Kami menjadikan untuk
mereka isteri-isteri dan keturunan.” (Surah Al-Ra’d: 38)
2. Zuriat keturunan
Kurniaan nikmat Allah
kepada hamba-hambaNya agar menerusi perkahwinan akan lahir pula zuriat
keturunan yang beriman dan bertakwa yang akan memakmurkan bumi Allah SWT.
3. Suatu ibadah
Perkahwinan dianggap
sebagai suatu ibadah yang dapat menyempurnakan setengah daripada agama
seseorang, dengannya dia dapat bertemu Allah dalam keadaan suci dan diredai.
Al-Baihaqi r.a. meriwayatkan hadis daripada Rasulullah SAW bermaksud,
“Apabila telah
berkahwin seseorang hamba itu, maka dia telah memenuhi separuh agamanya. Maka
bertakwalah dia kepada Allah pada separuh yang belum disempurnakan lagi.”
4. Bertanggungjawab
Galakan nikah kahwin
meliputi semua lapisan masyarakat termasuk yang miskin. Islam ingin mengikis
rasa takut, tidak mampu memikul tanggungjawab terhadap isteri dan anak-anak
kerana Allah menjamin rezeki mereka.
Ini diperkuat oleh
hadis yang diriwayatkan daripada Rasulullah SAW yang bermaksud,
“Sesiapa yang
meninggalkan perkahwinan kerana takut kemiskinan maka ia bukanlah daripada
golonganku.”
5. Memelihara maruah
Sebaik-baik jalan untuk
memelihara maruah kesopanan diri seseorang ialah melalui perkahwinan.
Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud,
“Wahai para pemuda,
sesiapa yang mampu berumah tangga, hendaklah ia berkahwin, kerana dengan
berbuat demikian dapat menundukkan penglihatan dan memelihara kehormatannya.
Sesiapa yang tidak mampu, hendaklah dia berpuasa, justeru puasa itu dapat
mengekang keinginan batiniah (nafsu syahwat).”
6. Menyuburkan perasaan
keibubapaan
Dapat menyuburkan
perasaan keibubapaan dalam memberi perlindungan, pendidikan dan kesejahteraan
kepada anak-anak.
7. Disiplin rumah
tangga
0 Response to "7 Rahsia Perkahwinan oleh Dato’ Ismail Kamus"
Post a Comment