“Apa-apa gambar kami tak kisahlah sama ada saya atau isteri saya
yang muat naik di laman instagram, tetap akan jadi kontroversi, tetap akan jadi
cerita. Jadi saya dah jangka dah yang gambar tu akan diperkatakan ramai, saya
dah biasa kalau jadi buah mulut orang. Saya tak kisah”
“Tapi
sebenarnya gambar tu tak ada isu pun. Saya saja upload,” itu kata pelakon Zain
Saidin ketika ditemui pada sidang media sitkom popular yang berkonsepkan
pendidikan, Oh My
English musim ketiga di S.M.K Sri Serdang, semalam.
Dua hari lalu pasangan selebriti sensasi itu memuat
naik sekeping foto mereka. Apa yang menjadi bualan hangat ramai adalah kerana
foto berkenaan memperlihatkan mereka sedang berbaring di atas katil dan Zain
seperti dalam keadaan tidak berbaju.
Tambah suami kepada aktres Rozita Che Wan ini lagi,
selagi gambar itu tidak menjejaskan kerja juga nama baik keluarganya, dia tidak
akan memadamkan gambar berkenaan dari akaun Instagram miliknya.
“Bagi saya, janji gambar yang saya muat naik itu tidak
menunjukkan sesuatu yang melampau atau yang tidak sepatutnya dilihat umum. Dan
setakat ini, gambar itu tidak menjejaskan kerja juga nama baik keluarga saya.
Jadi saya akan biarkan saja gambar itu. Saya tak akan padam”
Belum
Buat Persedian Untuk Sambut Kelahiran Anak
Dalam pada itu Zain turut meluahkan rasa berdebar dan
teruja kerana bakal bergelar ayah tidak lama lagi. Begitupun dia dan Che Tah
belum membuat apa-apa persiapan menyambut cahaya mata mereka memandangkan usia
kandungan Che Ta baru berusia tiga bulan.
“Saya tahu Che Tah nak sangat anak perempuan. Bagi saya pula,
saya tak mahu berharap sangat. Saya terima apa saja pemberian Allah”
“Buat
masa ini kami belum buat apa-apa persiapan. Tapi masa kahwin hari tu, ada kawan
yang hadiahkan katil bayi. Tapi kalau kami keluar negara untuk bercuti, kami
akan beli beberapa barang bayi sebagai persiapan sedikit demi sedikit,”
katanya.
Mengenai
perkembangan karier pula, Zain muncul dalam sitkom ‘Oh My English!’ (OME!)
musim ketiga mulai 18 Mei ini. Selain, dia bakal menjalani penggambaran sebuah
telemovie di New Zealand selama dua minggu.
0 Response to "Zain Saidin: Apa Pun Yang Kami Berdua Buat, Mesti Jadi Kontroversi"
Post a Comment