Selepas melahirkan permata
hati, dalam tempoh 1 bulan hingga 5 bulan kebanyakan wanita mula risau tentang
rambut mereka. Hampir kebanyakan wanita akan mengalami masalah keguguran rambut
selepas bersalin. Pelbagai syampu dan rawatan rambut telah dicuba, namun
masalah ini seolah-olah tiada solusinya.
Selain petua rambut gugur
selepas bersalin menggunakan santan, ada 8 lagi petua warisan Melayu yang boleh
dicuba dan tidak dapat dinafikan kemujarabannya. Tidak perlu beli apa-apa
produk di pasaran. Gunakan petua tradisional untuk merawati dan mengatasi
masalah rambut gugur ini. Elakkan rambut dari terus gugur dan gugur. Murah dan
berkesan!.
1. Limau Nipis dan Putih
Telur
Perahkan tiga biji limau
nipis. Campurkan dengan dua biji putih telur. Ratakan di seluruh bahagian
rambut. Biarkan selama dua jam. Kemudian, baru cuci bersih.
2. Guna Halba
Rendam segenggam halba dan
beberapa keping buah sintok selama dua hingga tiga jam. Kemudian, rebuskan
hingga air rebusan berubah warna menjadi warna perang pekat. Biarkan sejuk.
Selepas itu, ramaskan ramuan tersebut hingga hancur dan lumurkan pada rambut.
Biarkan selama beberapa minit dan bilas dengan air bersih. Amalkan sekali pada
setiap minggu.
3. Guna Lobak Merah
Lobak merah diparut halus.
Kemudian, campurkan dengan minyak kelapa dan sapu rata pada bahagian rambut.
Basahkan tuala kecil dengan air panas dan perapkan bahagian rambut.
4. Guna Daun Serai
Tumbuk segenggam daun serai
hingga lumat. Kemudian, masak dengan secawan air hingga berwarna kekuningan.
Sejukkan air rebusan tersebut. Usapkan air tersebut perlahan-lahan ke seluruh
bahagian kepala. Amalkan selama dua minggu bagi melihat kesannya.
5. Guna Lidah Buaya, Bunga
Raya dan Litup Bumi
Ambil lendir daun lidah
buaya, lendir pokok bunga raya dan lendir pokok litup bumi. Masukkan kesemuanya
ke dalam satu bekas. Campurkan sedikit minyak zaitun ke dalam semua adunan
lendir pokok. Kemudian, sapu di seluruh bahagian rambut selepas mandi
malam/petang dan bungkuskan kepala dengan tuala selama 30 minit. Pada keesokan
pagi, semasa mandi barulah cuci dan bilas rambut. Amalkan sekali pada setiap
minggu. InsyaAllah rambut tidak gugur dan lambat beruban.
6. Guna Kacang Hijau
Rebus segenggam kacang hijau
tetapi jangan sampai air rebusannya kering. Biarkan air tersebut sejuk. Sebelum
tidur, sapukan air tersebut pada akar rambut. Basuh rambut pada keesokan
paginya. Boleh diamalkan pada setiap hari.
7. Guna Santan Kelapa
Parut sebiji kelapa, perah
dan ambil santannya. Masak santan sehingga mengeluarkan minyak dan biarkan
sejuk. Ratakan di seluruh bahagian kepala dan biarkan semalaman. Keesokan
paginya, barulah rambut dibilas bersih.
8. Guna Limau Nipis dan Telur
Ayam
Potong beberapa biji limau
nipis dan kemudian tenyehkan pada kulit kepala. Kemudia, telur ayam dipecahkan
dan disapu pada bahagian kulit kepala yang bermasalah. Bungkuskan kepala dengan
kain tuala selama beberapa jam sebelum dibasuh.
Selamat mencuba!
0 Response to "8 Tips Rawatan Rambut Gugur Selepas Bersalin. Mujarab & Berkesan!"
Post a Comment