Timun adalah makanan
seharian yang penuh khasiat dan boleh digunakan dalam pelbagai masakan atau
boleh dimakan mentah begitu sahaja. Bila anda membeli timun pilih yang keras
dan berwarna hijau gelap untuk mendapatkan kesegaran timun.
Timun memberikan khasiat
seperti berikut:
1) Khasiat Timun
Menghidrasi Badan Anda.
Jika anda terlalu sibuk
untuk minum air, makanlah timun, ia akan menggantikan kehilangan air dari badan
anda kerana timu mengandungi 90% air.
2) Khasiat Timun
Menghilangkan Panas Badan dari Luar dan Dalam.
Makan timun untuk
mengurangkan pedih ulu hati. Letakkan timun pada kulit untuk melegakan sunburn.
3) Khasiat Timun
Membuang Toksin Dari Badan.
Cecair yang ada dalam
timun bertindak seperti penyapu, menyapu keluar segala toksin dari badan anda.
Amalkan makan timun selalu untuk menghilangkan batu dalam buah pinggang (kidney
stone).
4) Khasiat Timun
Membekalkan Keperluan Vitamin Harian Anda
Timun mempunyai
sebahagian besar vitamin yang diperlukan oleh badan dalam sehari. Timun
mengandungi vitamin A, B dan C, yang meningkatkan sistem imun badan, memastikan
anda berseri dan memberi anda tenaga.
Jadikan timun lebih
berkuasa dengan membuat jus timun campur bayam dan lobak merah. Jangan buang
kulit timun kerana ia mengandungi
kira-kira 12% keperluan vitamin C harian anda.
5) Khasiat Timun
Membekalkan Mineral Mesra Kulit
Timun mengandungi
kandungan tinggi kalium, magnesium dan silikon yang sangat berguna untuk
kesihatan dan kecantikan kulit. Sebab itu banyak terdapat rawatan spa yang
berasaskan timun.
6) Khasiat Timun
Membantu Dalam Penurunan berat badan dan Penghadaman
Disebabkan kandungan
air yang tinggi dan kalori yang rendah, timun adalah sumber yang ideal untuk
orang-orang yang ingin menurunkan berat badan. Gunakan timun dalam sup dan
salad anda. Boleh juga dijadikan makanan ringan kegemaran anda, anda boleh
makan potongan timun yang dicicah dengan yogurt rendah lemak.
Mengunyah timun memberikan rahang anda senaman
yang baik dan serat di dalamnya baik untuk penghadaman. Ambil timun sebagai makanan
harian sebagai bantuan untuk sembelit kronik.
7) Khasiat Timun
Memulihkan Mata
Meletakkan kepingan
sejuk timun adalah pemandangan biasa untuk kecantikan tetapi ia benar-benar
boleh membantu mengurangkan bengkak di bawah mata dan keadaan bengkak kerana
timun mempunyai ciri-ciri anti radang.
8) Khasiat Timun
Melawan Kanser
Timun mengandungi
secoisolariciresinol, lariciresinol dan pinoresinol. Tiga lignan yang kuat
untuk mengurangkan risiko beberapa jenis kanser termasuk kanser ovari,
payudara, prostat dan kanser rahim.
9) Khasiat Timun
Menyembuhkan Kencing Manis, Mengurangkan Kolesterol dan Mengawal Tekanan Darah
Jus timun mengandungi
hormon yang diperlukan oleh sel-sel pankreas bagi menghasilkan insulin untuk
manfaat kepada pesakit kencing manis.
Sebatian sterol dalam
timun boleh membantu penurunan tahap kolesterol.
Timun mengandungi banyak
serat, kalium dan magnesium yang berkesan bagi mengawal tekanan darah. Sebab
itu timun adalah baik untuk merawat kedua-dua tekanan darah tinggi dan tekanan
darah rendah.
10) Khasiat Timun
Menyegarkan Mulut
Jus timun boleh
membantu menyembuhkan dan menyegarkan sakit gusi.
Untuk membunuh bakteria
di dalam mulut dan untuk menyegarkan nafas, dapatkan kepingan timun dan tekan
ke lelangit mulut anda dengan lidah anda selama 1/2 (setengah) minit,
phytochemcials dalam timun akan membunuh bakteria di dalam mulut anda yang
bertanggungjawab menyebabkan nafas yang tidak menyenangkan.
11) Khasiat Timun
Menyihatkan Kuku dan Rambut
Keajaiban Silika,
mineral dalam timun menjadikan rambut dan kuku anda lebih berkilat dan kuat.
Sulfur dan silika dalam timun juga membantu merangsang pertumbuhan rambut anda.
12) Khasiat Timun Untuk
Kesihatan Sendi, Melegakan Artritis dan Sakit Gout
Timun adalah sumber
yang sangat baik untuk silika yang menggalakkan kesihatan sendi dengan
mengukuhkan tisu penghubung. Apabila dicampur dengan jus lobak merah, timun
boleh melegakan gout dan sakit artritis
dengan mengurangkan tahap asid urik.
13) Khasiat Timun
Menyembuhkan mabuk (hangover)
Untuk mengelakkan sakit
kepala pagi atau mabuk(hangover) anda boleh makan beberapa keping timun sebelum
tidur. Timun mengandungi cukup vitamin B, gula dan elektrolit untuk menambah
banyak nutrien penting dan mengurangkan tahap kedua-dua mabuk dan sakit kepala.
14) Khasiat Timun
Menjaga Kesihatan Buah Pinggang
Timun merendahkan tahap
asid urik di dalam badan anda dan dengan ini mengekalkan menjadikan buah
pinggang yang sihat bila anda selalu mengambil timun.
0 Response to "14 Khasiat Timun Untuk Kesihatan Anda"
Post a Comment