KUALA LUMPUR: Isteri serta
waris Allahyarham AR Tompel merasa kecil hati dengan paparan imej serta
gambaran watak yang tidak benar mengenai pelakon itu seperti mana yang
diterjemahkan pembikin filem Biopik Saloma yang ditayangkan di stesen tv
berbayar, Astro.
Menurut
balu Allahyarham yang juga pelakon veteran, Ruminah Sidek mengatakan perasaan
kecil hatinya, ahli keluarga dan waris Tompel terhadap watak Allahyarham yang
digambarkan sebanyak 90 peratus adalah tidak benar mengenai karakter yang
dilakonkan oleh pelakon Azhan Rani itu.
“Buat wayang tak semestinya
betul, harus sedikit berhati-hati buat pengarahan kerana anak-anak serta waris
ada sedikit berkecil hati dengan filem (Biopik Saloma),” katanya semasa sesi sidang media yang dianjurkan waris AR Tompel yang
berlangsung di Perbadanan Kemajuan Filem Nasional (Finas) di sini, hari ini.
Selain
itu, anak ketiga Allahyarham, pelakon Amran Tompel pula berkata perkara ini
memberi kesan mendalam terhadap mereka sekeluarga apabila dia pernah berhadapan
dengan situasi di mana orang ramai di luar sana mula memberi tanggapan negatif
terhadap arwah bapanya selepas menonton filem tersebut, baru-baru ini.
“Saya rasa sedih watak bapa saya
dibuat macam tu, seolah-olah AR Tompel guna ilmu nak dapatkan Saloma,” katanya.
Sementara
itu, pelakon AR Badul selaku anak sulung Tompel pula menafikan bapanya
mempunyai persamaan karakter seperti mana dalam filem itu digambarkan.
“Dia bukan begitu orangnya, hisap
rokok tak berhenti-henti, terkinja-kinja (seperti yang dipaparkan dalam filem
tersebut), kenapa diburuk-burukkan peranan bapa saya,” katanya.
Turut
hadir pada majlis itu ialah peguam yang mewakili waris Tompel iaitu Khairul
Azam Abdul Aziz yang menjelaskan tiga tuntutan dalam notis yang dikemukakan
kepada stesen tv berbayar Astro yang bertanggungjawab menyiarkan filem terbabit
bermula 28 Ogos lalu.
Notis
tuntutan tersebut menuntut Astro segera menghentikan penayangan Biopik Saloma
di saluran Astro First selain menuntut Astro membuat permohonan maaf secara
terbuka kepada ahli keluarga dan waris Allahyarham.
Filem
Biopik Saloma mempunyai dua bahagian iaitu Mencuri Guruh dan Pandang Kaseh yang
ditayangkan di saluran Astro First 489 dan 490 sejak penghujung Ogos.
Biopik
Saloma diarahkan Melissa Saila manakala Megat Fauzi merupakan penulis skripnya.
Difahamkan,
pembikinan filem berdasarkan kisah benar hidup Saloma ini hanya berdasarkan
kepada satu sumber sahaja iaitu seniwati Mariani yang merupakan kakak kandung
Saloma.
Waris
Tompel mendakwa sebanyak 29 babak dalam filem tersebut adalah berunsurkan
tohmahan, prejudis dan berat sebelah yang mana tidak langsung mengambarkan
keperibadian sebenar Allahyarham.
Walau
bagaimanapun, AR Badul menyatakan mereka sekeluarga tidak mahu membawa perkara
ini sehingga timbulnya saman menyaman tetapi mereka menyatakan kesanggupan
untuk berjuang mengenai isu ini sekiranya perlu menggunakan mahkamah untuk
menyelesaikannya.
Sumber : Mynewshub.cc
0 Response to "Waris Kecil Hati Paparan Tak Benar Mengenai Watak AR Tompel"
Post a Comment