Punca Sebenar Kenaikan Harga RON95 Naik



Punca Sebenar Kenaikan Harga RON95 Naik? Kewangan Malaysia Tenat! Mahathir & Pakar Ekonomi Mahu BR1M Dihapuskan! : Ada sebab mengapa dan kenapa Berita Semasa berkongsi kadar hutang negara Malaysia yang terus melonjak tinggi saban tahun tidak berpadanan dengan limpahan kenikmatan yang dirasai oleh golongan golongan bawah rakyat marhen di Malaysia. Seperti ada yang… tidak kena dengan pengurusan kewangan negara sekarang ini.


Berita Semasa hanya tampil sebagai wadah bagi rakyat Malaysia melahirkan aspirasi dan impian jutaan rakyat Malaysia yang mahu kenikmatan sebenar berada di bumi yang bernama Malaysia ini. Berita Semasa sayangkan Malaysia, Berita Semasa tidak mahu sebuah negara yang kaya hasil mahsul “dibinasakan” oleh tangan-tangan yang tak layak untuk mencatur pengurusan dana kewangan negara. Berita Semasa tampil mengingatkan…..

Perbelanjaan Besar Kerajaan Malaysia VS Rakyat Berjimat Cermat

Hari ini, rakyat Malaysia mula terasa bahangnya. Semuanya dek kerana perbelanjaan besar kerajaan Malaysia sepanjang 5 tahun terakhir ini termasuk menjelang Pilihanraya Umum ke 13 sebelum ini sehingga memaksa kerajaan Malaysia “merayu” di Dewan Rakyat beberapa kali apa yang dipanggil Bajet Tambahan.

Dan..setelah kerajaan tercari-cari dan teraba-raba, bagaimana cara untuk mengurangkan bajet defisit yang saban tahun dibentangkan oleh Datuk Seri Najib Razak akhirnya formulanya telah dijumpai :


  1. Menarik balik ranting subsidi yang selama ini digayut oleh rakyat marhaen di Malaysia sekaligus kerajaan Malaysia dapat menarik nafas lega apabila dapat mengurangkan beban perbelanjaan subsidi sejumlah lebih RM1.1 bilion
  2. Bakal menyusul, pelaksanaan GST 6% yang bakal memberikan pulangan kepada kerajaan Malaysia sejumlah
GST jangan “dipandang rendah”, GST pernah membuatkan rakyat Singapura, Australia dan China sesak nafas sejak mula diperkenalkan apabila inflasi di negara mereka naik mendadak dalam tempoh 2 tahun selepas dilaksanakan GST di negara sana. Dan hanya turun pada 2 tahun selepas itu…..



Malaysia? Wallahualam. Kita doakan yang baik-baik sahaja. Dan Berita Semasa hanya mahu berkongsi peringatan bersama, bersedialah menghadapi “gelombang pada tahun 2015” kelak…

Persoalannya, apa punca sebenarnya kerajaan dilihat begitu terdesak unutk melaksanakan tindakan “tidak popular” ini dikala rakyat dihimpit dengan gelombang hebat kenaikan kos sara hidup di Malaysia terutamanya golongan miskin bandar dan di luar bandar?

Hutang Negara Malaysia RM700 Bilion ++ & Nilai Eksport Malaysia Terjejas

Pakar ekonomi menjangka separuh kedua tahun 2014 eksport negara akan mula menurun….yang mana anda boleh baca laporan Berita semasa di bawah ini :




Daripada perspekstif makro ekonomi, hakikatnya kerajaan Malaysia terus bergelut untuk menguruskan negara dengan tekanan antarabangsa termasuklah agensi penarafan antarabangsa Fitch Ratings dengan hutang negara terus melonjak sejumlah RM717 bilion sekarang ini. Manakala The Economist menjangkakan hutang negara akan terus melonjak kepada RM806 bilion sekitar tahun 2015 kelak.

Dengan mempunyai hutang yang besar seperti ini :


  • Pertama, Kerajaan sebenarnya menguruskan negara atas nama pinjaman
  • Keduanya, Dan menjadi lebih sukar untuk mendapatkan dana tambahan
  • Ketiga, apabila hutang kerajaan Malaysia dibebani hutang yang tinggi ia akan menjejaskan keyakinan peminjam
Keadaan bertambah teruk lagi apabila melihat situasi dan keadaan yang berlaku di negara matahari terbit sekarang ini.

Jepun dan Malaysia merupakan pelabur asing yang terbesar Malaysia sejak daripada tahun 1980 yang banyak menyumbang kepada sektor automatif, tenaga yang boleh diperbaharui, bioteknologi, dan juga industri hijau yang menempatkan 1,400 syarikat Jepun beroperasi di Malaysia sekaligus menawarkan 11,000 peluang pekerjaan di Malaysia.


  1. Tahun 2013 : Pelaburan yang diluluskan sektor pembuatan sahaja bernilai US$1 bilion
  2. Tahun 2011 : Jumlah pelaburan Jepun di Malaysia bernilai RM10 bilion
  3. Tahun 2012 : Jumlah pelaburan Jepun di Malaysia meningkat kepada RM12.79 bilion

0 Response to "Punca Sebenar Kenaikan Harga RON95 Naik"

Post a Comment