Bukti
bagi kisah ini adalah resit bulan lalu tapi tak apalah, bagi yang belum tahu
dan sayangkan duit ini boleh dianggap satu perkongsian berguna buat anda.
Kebanyakan
kita tentu tahu harga yang dikenakan bagi makanan di hotel (apatah lagi banyak
bintangnya) tentulah lagi mahal harganya dan tidak akan sama dengan restoran biasa apatah lagi warung di tepi
jalan.
Tapi
agak-agak andalah kan, berapa harga sekeping roti canai yang habis mahal pun
dijual sekitar RM2 di kedai mamak mungkin dicaj di hotel ternama lima bintang?
RM20..?
RM30..? Jika itu harga paling mahal anda rasa munasabah untuk dikenakan, anda
SILAP.
Sebab
di Hotel The Majestic Kuala Lumpur, tersebar resit menunjukkan harga RM55
dikenakan untuk sekeping roti canai yang dipesan oleh pelanggan untuk makan di
bilik hotelnya!
RM55
Harga Untuk Sekeping Roti Canai... Kau Mampu?
Resit
ini sekali gus menyokong dakwaan seorang pelanggan lain yang berkongsi
pengalamannya di laman web percutian terkenal triavisor.com.my pada 7 Ogos
lalu.
Dalam
review tentang hotel ini pelanggan tersebut menulis, dia dan isterinya menempah
sebuah bilik di The Majestic untuk meraikan ulang tahun perkahwinan mereka.
Hotel
ini digambarkan memang menarik dan memuaskan hati kecuali beberapa kelemahan
kecil termasuk bab harga makanan.
Pelanggan
dikenali sebagai Joel Wong mendakwa, dia dan isteri sudah biasa menggunakan khidmat servis bilik hotel untuk memanjakan diri termasuk memesan
makanan.
Bagaimana
pun harga menu untuk In-Room Dining di Hotel Majestic agak mengejutkan mereka
yang sudah biasa melihat RM30 hingga RM40 dikenakan untuk sebiji burger ketika
check-in di hotel ternama lain selepas mendapati sepinggan mi mamak atau
sekeping roti canai dicaj sehingga RM55 di hotel ini.
Apa
pun, mungkin harga ini cuma mengejutkan rakyat marhaen seperti penulis saja
kot?
Mungkin
bagi sesetengah orang kaya ini normal price atau harga ‘celah gigi’ sahaja bagi
mereka.
Tak
apalah, anggaplah ini cuma satu perkongsian untuk kita-kita yang sayangkan duit
– manalah tahu satu hari terasa nak bermalam di hotel ternama (selepas puas berjimat
kumpul duit) untuk meraikan sesuatu yang istimewa, jangan lupa periksa harga
menu sebelum telefon room service tau?
Sumber : tripadvisor.com.my
0 Response to "RM55 Harga Untuk Sekeping Roti Canai… Kau Mampu?"
Post a Comment