Tidak berhati perut! Itu yang
mampu disimpulkan melalui satu kejadian yang berlaku melibatkan seorang ibu
muda dan bayinya ketika menggunakan perkhidmatan pengangkutan awam ERL.
Dalam
perjalanan ke destinasi dari Kuala Lumpur menuju Salak Tinggi, ibu muda ini
terpaksa duduk di atas lantai demi menyusukan bayinya, tanpa diberi ruang duduk
oleh penumpang lain. Kejamnya!
Menggunakan
nama Adeila Afiqah Iman di laman sosial, ibu muda ini meluahkan rasa kecewanya
dengan penumpang lain yang seakan-akan ‘buta dan pekak’ kerana tidak
menghiraukan situasinya yang sedang menyusukan bayi.
Dia
juga sempat merakamkan gambarnya yang sedang duduk di atas lantai sambil
mengendong bayi dan gambar para penumpang lain yang tidak menghiraukan
keadaannya.
Tambahnya,
sebelum itu dia terpaksa berdiri sambil mengendong bayinya kerana ruang duduk
dipenuhi dengan orang awam, dan mengambil keputusan untuk duduk di atas lantai
demi menyusu bayinya yang mula menangis.
Dalam
‘post’ tersebut, dia juga memohon supaya pihak berkuasa dapat menambah bilangan
ruang duduk untuk golongan yang memerlukan sepertinya, termasuk warga emas dan
ibu mengandung kerana terpaksa berdiri lama.
Ya,
realitinya situasi ini masih wujud dalam kalangan masyarakat kini walaupun
Malaysia dikenali sebagai bangsa yang bersopan-santun dan saling menghormati.
Semoga
nasib yang menimpa ibu muda ini tidak berulang!
sumber:mynewshub.cc
0 Response to "Ibu Muda Terpaksa Duduk Di Atas Lantai ERL Demi Menyusukan Bayi"
Post a Comment