Muar:
Seorang wanita secara tiba-tiba muntah darah dan rebah sebelum disahkan
meninggal dunia ketika berjalan ke arah kereta yang diletakkan di stesen minyak
di Taman Pagoh Jaya, kelmarin.
Dalam
kejadian jam 9 malam itu, wanita terbabit dikenali sebagai Ana berusia
lingkungan 40-an yang dipercayai hamil keluar dari tandas dan menuju ke kereta
yang dikatakan dipandu seorang rakan.
Seorang
saksi yang hanya mahu dikenali sebagai Ahmad, 30, berkata, dia sedang mengisi
minyak di stesen itu sebelum orang ramai terkejut melihat kejadian berkenaan.
Katanya,
dia difahamkan wanita itu bersama rakannya datang ke Muar atas urusan
perniagaan dan dalam perjalanan ke Johor Bahru.
MAYAT wanita hamil yang rebah selepas keluar dari tandas stesen
minyak ditutup dengan kain sementara menunggu pasukan penyiasat polis tiba,
kelmarin.
Menurutnya, ketika rakannya mengisi minyak, wanita itu dikatakan
ke tandas dan dipercayai mula muntah darah ketika berada di dalam tandas.
Sumber: Harian Metro
0 Response to "WANITA HAMIL MAUT SELEPAS MUNTAH DARAH DI STESEN MINYAK"
Post a Comment