KUALA
LUMPUR – Bonus setengah bulan gaji atau minimum RM500 bakal dinikmati kira-kira
1.5 juta penjawat awam pada Januari depan, demikian diumumkan Perdana Menteri
Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini.
Najib
yang juga Menteri Kewangan berkata pesara kerajaan pula diberi bantuan khas
sebanyak RM250.
“Pemberian
bonus ini akan dibayar pada Januari 2015,” katanya ketika membentangkan “Bajet
2015:Ekonomi Keperluan Rakyat” di Dewan Rakyat di sini, hari ini.
Perdana
Menteri berharap pemberian bonus itu sedikit sebanyak dapat meringankan beban
kenaikan kos sara hidup dan menjaga kebajikan penjawat awam, terutama kepada
keluarga untuk persediaan musim awal persekolahan, kelak.
Pada
Julai lepas, kerajaan memberi Bantuan Khas Kewangan sebanyak RM500 dan RM250,
masing-masing kepada penjawat awam dan pesara kerajaan sebagai persiapan
menyambut Aidilfitri.
Bayaran
bantuan khas kewangan kepada penjawat awam itu adalah untuk Gred 1 hingga Gred
54.
Bagi
meningkatkan keberkesanan sistem penyampaian perkhidmatan awam pula, Perdana
Menteri berkata kerajaan akan menambah baik 252 lagi skim perkhidmatan sedia
ada.
Ketika
membentangkan Bajet 2014 tahun lepas, Najib telah mengumumkan penambahbaikan 81
skim perkhidmatan awam.
Najib
berkata kerajaan juga bersetuju memberi bantuan bulanan RM300 seorang bagi
menghargai khidmat pegawai dan petugas kontrak Jabatan Kemajuan Masyarakat
(Kemas), Jabatan Hal Ehwal Khas (Jasa), JPNIN, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia
(Jakim) dan Seranta Felda, yang telah berkhidmat melebihi 15 tahun dan telah tamat
perkhidmatan kontrak mengikut umur persaraan wajib.
“Inisiatif
ini akan memanfaatkan 1,655 individu,” katanya. – BERNAMA
0 Response to "Bonus 1/2 Bulan Atau Minimum RM500 Untuk Penjawat Awam"
Post a Comment