Assalamualaikum
dan selamat sejahtera kepada pembaca blog BBA ni.Penulisan kali ini berkenaan
lelaki paling dikehendaki Amerika Syarikat buat masa ini iaitu Edward
Snowden.Siapakah Edward Snowden? Dan kenapa Amerika Syarikat mahukannya?
Edward Snowden merupakan seorang pakar
computer berasal dari AS.Edward pernah bekerja dengan Agensi Keselamatan
Kebangsaan(NSA) AS sebagai seorang kontraktor teknikal dan juga pernah bekerja
di Central Intelligent Agency(CIA) sebagai Pentadbir Sistem.
Tiga bulan permulaan kerjanya di NSA,dia telah memulakan aktiviti mengumpul atau mencuri secara diam data-data perisikan AS yang sangat sulit.Tidak lama selepas itu,dia berhijrah ke China secara senyap seterusnya mendedahkan data-data sulit yang diambil tersebut.
Tiga bulan permulaan kerjanya di NSA,dia telah memulakan aktiviti mengumpul atau mencuri secara diam data-data perisikan AS yang sangat sulit.Tidak lama selepas itu,dia berhijrah ke China secara senyap seterusnya mendedahkan data-data sulit yang diambil tersebut.
Tindakannya yang berhijrah ke China sebelum
menyebarkan maklumat perisikan AS adalah kerana data yang diambil mempunyai
kandungan perisikan AS ke atas China dan Hong Kong terutamanya melibatkan
banyak kes penggodaman yang berlaku.China yang berang dengan pendedahan
tersebut telah melindungi Edward daripada diekstradisi oleh AS untuk
dibicarakan.Antara pendedahan Edward yang mengejutkan umum ialah :
1. AS merisik sejumlah hampir 5 Billion
pengguna telefon selullar,ini termasuk rakyat negaranya sendiri.Melalui risikan
tersebut, pihak AS mempunyai data lokasi dan maklumat mengenai pengguna
tersebut.
2. Edward mendedahkan AS menyenaraikan
beberapa tokoh di seluruh dunia dalam risikan mereka.Ini termasuklan bekas
Perdana Menteri Malaysia yang ke-5,Tun Abdullah Ahmad Badawi.
3. 1.7 Juta data sulit ketenteraan AS juga
berjaya diperolehi Edward dimana keseluruhan data tersebut jika didedahkan
kepada umum bakal mengganggu-gugat keselamatan tentera dan pangkalan AS di
serata dunia.
4. Ejen perisikan AS dan Israel mempunyai
hubungan baik dan bekerjasama dalam risikan keatas Negara-negara di dunia.
5. Pendedahan mengenai suatu program
“bayangan” oleh AS terhadap Brazil.Program tersebut diumumkan AS sebagai
program anti-terrorism sedangkan ia sebenarnya program untuk merisik
ekonomi,kawalan social dan juga manipulasi diplomatik.
6. Edward mendedahkan NSA dengan kerjasama
GCHQ merancang untuk menyebar sejenis virus ‘malware’ ke seluruh computer di
serata dunia yang digelar “Turbine”.Virus itu berupaya mewujudkan satu server
palsu untuk laman social ‘Facebook’ dan akan mengaburi mata pengguna seterusnya
membolehkan mereka mengumpul maklumat peribadi pengguna laman tersebut.
7. AS juga melakukan risikan keatas
syarikat-syarikat besar dunia termasuklah Google,AT&T dan Cisco!
Edward Ketika Melakukan Persidangan Video Bersama Kongres
Keselamatan Eropah
Keselamatan Eropah
Dan banyak lagi pendedahan yang dilakukan Edward.
Edward sekarang berada di Russia dan mendapat suaka perlindungan selama
setahun.Permohonannya untuk memohon suaka dari 20 negara masih tidak mendapat
kelulusan selepas AS menekan negara-negara tersebut.
Keberanian lelaki ini mendapat banyak anugerah dari
seluruh dunia dan menjadi tokoh penting dalam program-program hak
kebebasan.Peluang Edward untuk kembali ke AS disifatkan sebagai ‘perkara
mustahil’ atas sebab pendedahannya ini dan dia juga diklasifikasikan AS sebagai
ancaman/musuh No 1 AS.
0 Response to "PENDEDAHAN : Siapa Edward Snowden Dan Mengapa AS Mahukannya"
Post a Comment