Selepas bercerai dengan suaminya Aidil Zafuan, Rita Rudaini
membesarkan anak-anaknya hasil daripada perkongsian hidup dengan Aidil Zafuan
berseorangan.. Bagi seorang wanita yang bergelar ibu tunggal, anak-anaknya
adalah segala baginya dan kebahagiaan serta kebajikan anak-anaknya adalah yang
terpenting baginya agar anaknya dapat membesar dengan sempurna.
Dengan tuntutan nafkah oleh Rita Rudaini daripada bekas suaminya
Aidil Zafuan masih tiada kesudahannya. Rita Rudaini kini giat menjalankan
perniagaan produk kecantikan di samping meneruskan kariernya sebagai seorang
pelakon.
Pagi ini, sekeping foto yang dimuat naik oleh Rita menerusi
laman Instagram ternyata menyentuh perasaan ribuan followers di Instagramnya.
“mylittleheaven everything 4 u anak2…u
olls berhak bahagia dan hepi…mommy akan pastikn u olls sentiasa hepi slalu dan
tiada kurang di mana2..
walaupon di mata org luar,kita serba
kurang tp yg penting kita BAHAGIA anak2ku…jgn bimbang ank2ku,bukan mommy
keseorangan menjaga kamu di dunia ini tetapi ingat,ALLAH ADA MENJAGAMU SELALU
ANAK2KU…
insyaallah 1day ada bahagian utk
mereka yg menganiaya mu ank2 yg telah ALLAH JANJIKAN…mommy doakn kita selalu di
lindungiNYA dan di beri kebahagiaan kasih syg yg melimpah ruah..amin…syg kamu
#mylittleheaven ..jd ank2 yg soleh dan pimpin tgn mommy ke jannah nnti ye..”
Semoga Rita
Rudaini serta Aidil Zafuan dapat mencpai kata persetujuan berkenaan tuntutan
nafkah yang dibuat oleh Rita Rudaini demi kepentingan anak-anak mereka. Semoga
Rita Rudaini perolehi apa yang terbaik buat anak-anaknya..
0 Response to "Pesanan Rita Rudaini Untuk Anak-Anaknya"
Post a Comment