Senang cerita sesetengah orang Melayu ini tak boleh duduk senang tengok orang lain. Mengandung salah, tak mengandung salah, mengandung kembar pun salah jugak. Itulah yang terjadi kepada Erin Malek yang kini sedang hamil anak kembar. Dirinya dituduh menjalani rawatan kesuburan di akaun sosial Instagram semata-mata kerana dimurahkan rezeki bakal menimang 2 cahaya mata sekaligus. Kata Erin:-
Perkahwinan kami masih baharu, jadi tidak perlu rasanya saya melakukan rawatan kesuburan untuk membolehkan kami segera menimang cahaya mata. Saya agak terkejut apabila cerita sebegitu, lagipun kedua-dua belah pihak keluarga memang ada gen kembar.Saya sebenarnya tidak suka melayan komen negatif begini. Suami juga menasihatkan supaya tidak ambil pusing sangat kerana jika dilayan ia akan menjadi-jadi. Apa yang saya buat ialah buang dan kemudian sekat mereka yang membawa aura negatif daripada terus mengikuti laman Instagram saya.
Kesian kan? Di kesempatan ini kami mahu mengajak pembaca semua agar membuang rasa dengki, geram, cemburu dan hasad kepada kehidupan orang lain. Kadangkala memang orang lain dimurahkan rezeki olehNya. Tak perlulah kita menuduh yang bukan bukan. Siapakah kita untuk menghukum seseorang itu? Apa kata kita tumpang gembira dengan hidup orang lain? Sudah pasti hidup kita pun lebih tenang, tak ada simpan perasaan benci dalam hati. Tak gitu?
0 Response to "Erin Malek Terkilan Dituduh Jalani Rawatan Kesuburan"
Post a Comment