Apa makanan
dalam pantang selepas bersalin yang baik dan berkhasiat? Apa resepinya? Apa
menunya? Ini yang bermain di fikiran anda bukan?
Bukan sahaja
untuk ibu selepas bersalin, samada bersalin normal, caesar atau pembedahan,
resipi pantang selepas bersalin ini juga
boleh digunapakai untuk kanak-kanak selepas berkhatan atau bersunat.
Makanan
dalam pantang selepas bersalin bukan makanan yang biasa-biasa. Ia perlukan
khasiat untuk menyembuhkan luka-luka semasa bersalin. Selalunya, ramai yang
suka berpantang di rumah ibu sendiri. Ini kerana ibu akan menyediakan menu
berpantang selepas bersalin untuk anak sendiri. Anak juga boleh bermanja-manja
dan minta apa sahaja dari ibu sendiri. Kalau di rumah ibu mertua, mungkin agak
terbatas.
1. Ikan
Masin Lada Hitam
Bahan-bahan:
-Ikan masin
(Digoreng tanpa minyak)
-Lada hitam
Cara-cara:
-Tumbuk
bahan tersebut dan jika suka boleh ditambah perahan limau
Gaulkannya
sebati
2. Ikan
Tenggiri Kering
Bahan-bahan:
-1 keping
ikan tenggiri kering
-2 biji lada
besar
-½ biji
bawang besar dihiris
Cara-cara:
-Ikan
digoreng layur bersama hirisan halia.
-Kemudian
ditumbuk bersama lada besar dan bawang tapi jangan hancur.
-Hidang
bersama nasi panas
3. Sambal
Tok-tok Lada Hitam
Bahan-bahan:
-Bawang
merah
-Bawang
putih
-Ikan bilis
-Lada hitam
Cara-cara:
-Goreng
layur bahan tersebut dan tumbuk campur sikit garam
Hidang
bersama nasi panas
4. Ikan
Masin Goreng Asam Jawa
Bahan-bahan:
-Isi ikan
masin (Kurau @ Talang)
-1 labu
bawang besar
-5-6 tangkai
cili kering
-3 ulas
bawang putih
-½ inci
halia
-Sedikit air
asam jawa & gula
Cara-cara:
-Tumis semua
bahan yang dihiris.
-Bila agak
garing, masukkan air asam jawa, garam dan sedikit gula .
-Akhir
sekali masukkan ikan masin yang telah digoreng terlebih dahulu.
5. Ikan
Bilis Goreng Aroma
Bahan-bahan:
-100g ikan
bilis putih
-3 batang
serai (Dititik @ dihiris ikut suka)
-1 biji
bawang besar dimayang
-2cm halia
dimayang
-6 helai
daun limau purut dihiris @ dikoyak kasar
-6 biji cili
padi diketuk
-Minyak
Cara-cara:
-Goreng ikan
bilis hingga ranggup
-Kemudian
masukkan bahan hirisan
6. Ikan
Bilis Dengan Cili Mesin
Bahan-bahan:
-Sebiji
bawang besar dimayang
-Ikan bilis
-Jeruk lobak
-Sebiji
telur
-Cili mesin
1 sudu
Cara-cara:
Goreng ikan
bilis hingga garing, angkat dan ketepikan.
Kemudian
tumiskan cili mesin hingga masak, masukkan jeruk lobak & ikan bilis.
Akhir sekali
masukkan telur & kacau hingga sebati.
7. Pegaga
Masak Lada Hitam
Bahan-bahan:
-Sedikit
santan pekat
-Lada hitam
(lebihkan)
-Ikan bilis
putih
-Kunyit
hidup
-Halia
-Garam
Cara-cara:
-Lada hitam,
halia & kunyit hidup ditumbuk.
-Kemudian
masukkan santan direneh bersama bahan tumbuk. Biar pekat.
-Kira OK
masukkan pegagadan ikan bilis serta bahan-bahan perasa.
8. Hati
Masak Limau Purut
Bahan-bahan:
-1/2kg hati
lembu direbus dan dipotong kecil
-5 helai
daun limau purut dipotong tengah dan dikoyakkan
-6 tangkai
cili kering (Dalam pantang boleh diganti dengan lada hitam secukupnya)
-3 labu
bawang besar
-4 ulas
bawang putih
-2cm hirisan
halia muda
-½ camca
ketumbar
-½ camca
jintan manis
-½ camca
jintan putih
-Garam &
gula secukup rasa
-Minyak
untuk menumis
Cara-cara:
-Cili/lada
hitam, bawang besar, bawang putih halia, jintan dan ketumbar dimesin halus.
-Tumis
hingganaik bau/garing kemudian masukkan hati dan daun limau purut. Jika suka
boleh tambah air untuk berkuah.
-Setelah
itu, masukkan perasa. Ok.Boleh diangkat dan dihidang.
9. Hati
Goreng Lada
Bahan-bahan:
-600g hati
lembu direbus dan dipotong
-4 sudu
besar lada putih
-2 sudu
besar serbuk rempah
-2 sudu
besar minyak
-1 sudu
besar air asam jawa
-½ sudu
serbuk jintan putih
-1 sudu
serbuk kunyit
-2 labu
bawang besar
-Garam/
Ajinomoto secukup rasa
-1 batang
daun bawang untuk hiasan
Cara-cara:
-Gaulkan
hati yang telah dipotong bersama rempah-rempah tersebut
-Tumiskan
ia, agak kira okay bolehlah dimasukkan air asam jawa
-Taburkan
hirisan daun bawang
10.
Ayam/Daging Bakar Cicah Air Asam Lada Hitam
Bahan-bahan:
-4cm halia
muda
-3cm kunyit
hidup
-Garam
secukupnya (Kesemua bahan ini dikisar dan diperap)
Cara-cara:
-Bakar
ayam/daging dengan bahan perap.
-Hiriskan
dan boleh dihidang dengan pencicah iaitu 2 sudu lada hitam, hirisan bawang
besar dan perahan asam jawa
11. Sambal
Tok-tok
Bahan-bahan:
-Ikan bilis
-Cili padi
-Bawang
Cara-cara:
-Bahan
tersebut ditumbuk kasar dicampur bersama perahan limau.
12. Daging
Goreng Halia
Bahan-bahan:
-Daging
batang pinang dihiris nipis
-Halia
dimayang halus
-Bawang
Putih diketuk
-Bawang
besar dihiris bulat
-1 biji lada
benggala/ ketukkan cili padi kalau nak pedas
-Sedikit sos
tiram
-Sedikit
kunyit hidup/kunyit serbuk, Garam/ Serbuk Perasa
-Jika nak
berkuah, bancuhkan sedikit tepung jagung dan air@ bagi lebih perisa masukkan
sedikit air asam jawa.
Cara-cara:
-Panaskan
minyak, masukkan daging yang telah diperap sebentar dengan kunyit dan garam.
-Agak lembut
, tumiskan bawang putih dan halia, masukkan juga sos tiram dan bahanperasa
mengikut kesesuaian.
-Akhir
sekali masukkan , lada benggala ataupun cili padi dan hirisan bawang besar.
-Jika nak
berkuah boleh juga ditambah dengan bancuhan tepung jagung.
13. Daging
Goreng Lada Hitam (Marinated)
Bahan-bahan:
-Daging
hihiris halus
-Lada hitam
secukup rasa
-Halia
-Bawang
besar
-Bawang
putih
-Sos
Cili/Cili mesin
-Sos tomato
-Sos tiram
-Kicap pekat
-Garam/serbuk
perasa
Cara-cara:
-Perapkan
daging bersama halia , bawang putih dan bawang besar yang telah dikisar.
Termasuk bahan sos terlibat.
-Panaskan
minyak, masukkan daging bersama bahan perap, tambahkan air mengikut keperluan
bagi memastikan daging lembut.
-Setelah
empuk, boleh ditambah dengan garam dan serbuk perasa mengikut keperluan dan
juga hirisan bawang besar.
14. Ayam
Panggang Selera Pantang
Bahan-bahan:
-Ayam
-1 batang
serai dititik
-1 sudu
jintan manis
-½ sudu
jintan putih
-1cm kunyit
hidup
-1cm lengkuas
-1cm halia
-4 ulas
bawang merah
-2 ulas
bawang putih
-garam
-Air asam
jawa
-½ cawan air
Cara-cara:
-Ayam
dilumur dengan garam & sedikit bawang merah, halia, bawang putih &
kunyit tumbuk juga lengkuas.
-Panggang
ayam
-Tumis bahan
tumbuk yang lebih tadi, masukkan jintan tumbuk, air asam jawa juga garam.
Tambah sedikit air untuk berkuah. Dan bolehlah disiram
ayam
panggang tadi dengan kuah tersebut.
15. Ayam
Percik Chinese Style
Bahan-bahan:
-1 ekor ayam
-Daun salam
dan daun kunyit
Bahan A:
-Bunga
Lawang
-Bunga
Cengkih
-Kulit Kayu
Manis
-Jintan
Manis
-Lada Hitam
-Serai &
Halia
-Gula Melaka
– dicincang halus
-Lemon –
diperah
-Santan
-Garam
-Bawang
putih dan bawang merah ditumbuk halus
(Jika suka
boleh ditambah sedikit cili padi)
Cara-cara:
-Masukkan
daun salam & daun kunyit ke dalam ayam.
-Panggang @
goreng dalam minyak penuh (deep fried)
-Tumis
bawang merah dan putih. Masukkan bahan-bahan A, masukkan juga perahan lemon,
gula melaka, garam.
-Masukkan
santan cair biar mendidih di atas api perlahan. Bila dah pekat masukkan santan
pekat.
-Bila dah
pekat, boleh disiram ke ats ayam panggang tersebut.
16. Lengkuas
Muda Masak Lada Merah
(Petua baik
diamalkan memperbaiki rahim wanita atau dengan lain perkataan mengetatkan lagi
organ wanita selepas bersalin)
Bahan-bahan:
-Lengkuas
muda dihiris nipis ~ direbus sehingga kering utk buang pahit & maung
lengkuas
-Sedikit
ikan bilis
-Bawang
merah
-Bawang
Putih
-Lada merah
Cara-cara:
-Lada ikan
bilis, bawang putih & merah ditumbuk dan ditumis dengan sedikit minyak.
-Masukkan garam
dan lengkuas yg telah direbus tadi dan kacau agar ia sebati.
17. Turi
Masak Asam Rebus
(Bagus Utk
Menambah Susu Ibu).
Bahan-bahan:
-Daun Turi
-Ikan Bilis
-Asam Keping
-Bawang
merah
-Kunyit
Hidup
-Ikan Bilis
-Lada merah
Cara-cara:
-Bahan iaitu
bawang merah, lada merah, ikan bilis, kuntit hidup ditumbuk kemudian direbus.
-Masukkan
garam, asam keping dan daun turi biarkan sehingga mendidih kemudian bolehlaa
diangkat.
0 Response to "17 Resepi Pantang Selepas Bersalin Normal & Pembedahan"
Post a Comment