PANAS! Status Sebenar Helena Hani Eleas


Sabtu lalu, telah selamat berlansungnya pernikahan bintang Filem Pilot Cafe, Fahrin Ahmad dengan Elena Hani Eleas.Semua sedia maklum dengan sekali lafaz Fahrin telah selamat menjadi suami Elena dengan mas kahwinnya RM 80.

Maka persoalan siapakah calon isteri Fahrin pun terjawab.Dan tidak di sangka berputarlah gosip yang menyatakan Elena adalah janda beranak satu.Benarkah?




Namun perkara itu di jawab tenang oleh Fahrin.Katanya :
Selepas saya mengadakan sidang media selasa lalu,banyak spekulasi dan gosip mula berlegar berkenaan dengan bakal isteri saya.Termasuk yang menyatakan Elena seorang janda beranak satu.Kemudian Fahrin sendiri bertanyakan Elena adakah dia telah berkahwin sebelum ini?Elena menggelengkan kepala dengan malu-malu. Katanya lagi sekiranya dia menguumkan perkahwinan ini tahun lalu,rasanya tidak akan menjadi realiti seperti sekarang.Dia sangat bersyukur kerana berada berada di samping orang yang boleh di percayai kerana Elena berjaya menyimpan perkara ini sejak setahun lalu."
Jadi gosip yang menyatakan Elena adalah janda tidak benar.Jom kita ketahui sedikit tentang Elena ni.

Beliau sebenarnya bekerja sebagai Senior Flight Stewardess setelah 8 tahun sebagai pramugari di Emirates Airlines dan menetap di Dubai.Belajar di UITM 17 tahun lalu dan mengambil jurusan yang sama dengan Fahrin.Maknanya mereka telah berkenalan 17 tahun lalu.Namun setelah habis belajar memang mereka berdua tidak berjumpa sehinggalah beberapa bulan sebelum bernikah mereka bertemu kembali.Dan Fahrin tidak melepaskan peluang mengorat kembali Elena dan akhirnya mereka bersetuju bernikah semalam.Dengarnya Elena akan berhenti kerja demi memberi fokus kepada perkahwinan ini.


Apapun kami doakan terbaik untuk pasangan ini dan semoga berbahagia sehingga ke akhir hayat. Jodoh tidak mengenal status janda ke apa ke, yang penting hidup habagia disamping suami tercinta.


0 Response to "PANAS! Status Sebenar Helena Hani Eleas"

Post a Comment