VIDEO: Pemuda ‘Terajang’ Warga Emas Mohon Maaf



SUSUALAN satu video viral amukan sorang pemuda yang menendang seorang pakcik sehingga tersungkur disebuah kedai makan, pemuda tersebut telah memohon maaf atas perbuatannya.


Menurut saksi, lelaki yang dikenali sebagai Pian tidak dapat menahan marah akibat pakcik tersebut telah menampar anaknya sehingga menangis.




Pemuda Terajang Mintak Maaf Kepada Pakcik by mynewshub

Melalui video yang dikongsikan dari sumber, pemuda itu telah bertemu semula dengan mangsa dan bersalaman bagi memohon maaf atas tindakan melampaunya terhadap mangsa.

Kedengaran suara latar dalam dialek Kelantan yang mengarahkan agar Pian bersalam dan mencium tangan pakcik terbabit.

Sumber melaporkan Pian amat menyesali tindakannya yang disifat amat bodoh dan dikatakan akan mengadakan pertumuan sekali lagi dengan pihak keluarga mangsa untuk memohon maaf.

Insiden tersebut yang berlaku pada Jumaat lalu jam 3 petang telah menimbulkan kemarahan penduduk setempat sehingga dilaporkan pada malam Sabtu, terdapat sekumpulan pemuda yang ingin berjumpa denganya bagi ‘menyelesaikan’ tindakan kurang ajarnya terhadap mangsa.


Tidak kurang juga buat pengguna di media sosial yang menyelar tindakan biadap pemuda terbabit sehingga ada yang ‘ingin bersemuka terus’ dengan pemuda terbabit.


Sumber : MyNewsHub.cc

0 Response to "VIDEO: Pemuda ‘Terajang’ Warga Emas Mohon Maaf"

Post a Comment