Sharnaaz Berkongsi Komen di Facebook miliknya |
KUALA
LUMPUR: Semalam kecoh mengenai seorang peserta Dewi Remaja 2014/2015, Mawar
Rashid yang tidak dapat menjawab secara tepat apa itu maksud Cukai Barang dan
Perkhidmatan (GST).
Video berkenaan turut menjadi viral, malah Mawar turut
dihentam teruk kerana hal berkenaan. Malah ramai yang turut menyifatkan dia
hanya memiliki wajah cantik dan pengikut ramai di laman Instagram tetapi tidak
peka kepada isu semasa.
Perkara itu turut menarik perhatian pelakon Sharnaaz
Ahmad hingga berkongsi komen di laman Facebook miliknya dan seakan menempelak
Mawar.
Apa yang kau orang cuba lahirkan di dalam industri? Jangan salah faham. Tapi ini agak sedih kalau bawa masuk ke dalam industri. Muka cantik tetapi pendidikan 'out'. Belajar dulu adik, baru fikir kemasyhuran," kata Sharnaaz.
Sementara itu Mawar di laman Instagram miliknya turut memuat naik gambar berserta keterangan gambar sekitar 12 jam lalu. Gadis berkenaan memohon maaf kepada semua kerana kurang peka terhadap isu semasa negara.
Mawar Memohon maaf di laman Instagramnya kerana kurang peka terhadap isu semasa negara |
Pelajaran dan tugasan di kolej serta aktiviti saya yang padat setiap hari membuatkan diri ini lalai mengenai isu semasa. Mungkin ada yang di luar sana yang sebaya dengan saya juga tidak tahu apa itu GST. Saya belajar daripada kesilapan dan insya-Allah akan lebih membuka minda mengenai isu semasa. Saya minta maaf sekali lagi dan ambil setiap kritikan dan teguran untuk memperbaiki diri menjadi lebih baik," katanya
Pertandingan
Dewi Remaja sebelum ini pernah melahirkan bakat dalam industri seni seperti
Scha Alyahya, Anzalna, Rita Rudaini, Izreen Azminda, Ramona Zamzam dan Izara
Aishah.
Dewi Remaja 2014/2015 disiarkan setiap Rabu hingga Jumaat, jam 8.30
malam manakala pada setiap Sabtu, bermula 8.30 malam bakal menyaksikan peserta
disingkirkan hingga Dewi sebenar ditemui.
Program ini dihoskan bekas juara Hero
Remaja 2008, Kamal Adli dan She Nabila dan boleh disaksikan di Astro Ria
(saluran 104) dan Maya HD (saluran 135). Selebriti popular Erra Fazira dan Edry
Abdul Halim turut dilantik sebagai juri tetap dan seorang juri jemputan turut
diundang pada setiap minggu.
Sumber : BHOnline
0 Response to "Sharnaaz Ahmad Komen Isu Peserta Dewi Remaja Tak Tahu GST"
Post a Comment