Pelakon dan pengacara Fauziah Ahmad Daud (OGY)
memang terkenal dengan mulutnya yang tidak berlapik ketika berbicara, baru-baru
ini beliau telah menyindir secara live pelakon Zahida Rafik mengubah ciptaan Tuhan
dirancangan terbaru YE KE? di TV3.
Sedangkan saat tersebut adalah rakaman untuk
rancangan YE KE? yang disiarkan di TV3. kalau yer pun nak menyindir
haruslah berlapik dan tidak memalukan seseorang. Rancangan YE KE? kononnya
seperti rancangan KPOP yang menjemput artis-artis jemputan yang berlainan
setiap minggu. Dalam rancangan tersebut juga artis akan ada soal jawab bersama
hos rancangan tetapi kadang kala soalan tersebut agak panas!
Tetapi untuk episod ke 3 kalau tidak silap,
artis yang terlibat ialah Zarina Zainuddin, Jasmin Hamid, Maria Farida, Zahida
Rafiq, Sherry, Kilafairy dan Adira. Kiranya kesemua artis akan diusik
namun sampai sahaja giliran Zahida Rafiq, Ogy terus bertanyakan Zahida yang
selalu dikaitkan dengan golongan VVIP.
Fuh! apa yang nak di ceritakan disini, kalau
nak menyindir ke apa harus lah berlapik. Cakap elok-elok dan berdua kan senang.
Malu dibuatnya si Zahida Rafiq. Kesian tau!
Memang mengubah ciptaan Allah itu HARAM,
tetapi tidak salah sekiranya kakak Ogy mengambil pendekatan dengan cakap
elok-elok. Tidak usah lah bertanyakan soalan sedemikian, malu di buatnya si
Zarina Rafiq. Tak gitu?
Dalam dunia yang serba moden ini, banyak cara
digunakan untuk tampil cantik. Ketaksuban sebilangan kaum Adam Hawa itu
menyebabkan mereka sanggup melakukan perubahan fizikal hingga mengenepikan
larangan agama.
Firman Allah dalam surah At-TIN AYAT 5 :
sesungguhnya kami telah menciptakan manusia dalam bentuk sebaik-baiknya.
Apa pun semoga Zarina Rafiq tidak mempunyai dendam dengan
kakak Ogy, biar lah kisah malam tersebut berlalu dengan begitu sahaja. Lagipun
Ogy memang terkenal dengan sifatnya yang bermulut laser contohnya ‘Ogy Ahmad
Daud Bidas Artis Baru‘. Zurina Zafiq juga khabarnya tak main dah botox-botox
ni, perkara yang lepas usah lah dikenang. Opss!
0 Response to "PANAS! OGY Sindir Zahida Rafik Ubah Ciptaan Tuhan"
Post a Comment