Finalis Dewi Remaja, Cantik Tapi Pasal GST Pun Tak Tahu?


Setiap wanita ada keistimewaan mereka sendiri. Ada yang cantik dan ada yang sederhana. Tetapi bagaimana pula dengan kebijaksaan?

Bukan mudah untuk hidup dalam dunia penuh persaingan, jika hanya bersandarkan pada paras rupa sahaja.
Jika ingin menjadi ikon, seseorang itu perlulah terdiri daripada kalangan individu yang cerdik pandai.
Bukan itu sahaja, mereka perlu peka dengan isu-isu semasa tidak kira dalam mahupun luar negara.
Jika dulu, kita hanya mempunyai mendium yang sangat terhad untuk mengetahui berita semasa, kini melalui telefon bimbit sahaja, kita boleh mengetahui berita dari serata dunia.

Isu yang sedang hangat di negara kita sekarang, pastinya berkaitan Cukai Barang danPerkhidmatan (GST) yang mula dilaksanakan sejak 1 April lalu.
Bagaimanapun dua gadis yang merupakan finalis Dewi Remaja 2014/2015 anjuran sebuah majalah tempatan ini, tidak dapat menjawab isu GST dengan baik, malah nama penuh untuk GST pun mereka tidak tahu.

Tidak dinafikan mereka yang terpilih sebagai finalis memang semuanya cantik-cantik, tetapi pakej mereka akan lengkap jika mereka memiliki kebijaksanaan. Barulah layak digelar wanita “beauty with brain”.

Pendapat anda pula bagaimana?







Sumber : Astro

0 Response to "Finalis Dewi Remaja, Cantik Tapi Pasal GST Pun Tak Tahu?"

Post a Comment