Sanggup Dibaling Batu Demi GST – Ahmad Maslan


Nampaknya masih belum reda dengan isu GST dan Ahmad Maslan di laman sosial. Terbaru, Ahmad Maslan berkata beliau sanggup dibaling batu demi GST.

PETALING JAYA: Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Ahmad Maslan berkata dia tidak gentar untuk memberikan penerangan tentang Cukai Barangan dan Perkhidmatan(GST) kepada rakyat walaupun dirinya berisiko dibaling batu.

Tambahnya lagi, dia tidak kisah dikutuk ataupun dibaling batu oleh rakyat asalkan rakyat mendapat penerangan yang sebenar mengenai kebaikan GST.
“Selagi rakyat marah dan ugut untuk membaling batu, selagi itulah saya akan turun padang untuk memberikan penerangan,” katanya.

“GST merupakan usaha kerajaan untuk membantu rakyat dengan mengurangkan cukai dari 10% kepada 6%. Semua barang yang dipakai, baju, seluar, songkok, kasut, meja, kerusi, segala pinggan mangkuk dikenakan 10% cukai. Tetapi dengan GST menurunkan cukai itu kepada 6%,” jelasnya dalam Ceramah Umum Penerangan GST di Kampung Guar Perahu, Kubang Semak, Bukit Mertajam 25 April lalu yang hanya dihadiri oleh 50 orang.



0 Response to "Sanggup Dibaling Batu Demi GST – Ahmad Maslan"

Post a Comment