Pesanan Wanita Ini Buka Mata Masyarakat Saat Bersama Keluarga


Gambar Hiasan - carian google

Kejadian yang berlaku kepada lelaki ini telah memberi pengajaran mengenai tabiat menggunakan gadjet ketika bersama keluarga. Seorang pengguna Facebook, Khairul Hakimin menceritakan pengalamannya berbual dengan seorang wanita berbangsa cina ketika berada di Hospital. Wanita itu tanpa dia sedari telah memberi pesanan yang cukup bermakna kepadanya malah wajar menjadi iktibar kepada semua keluarga lain. Semoga dengan penceritaan ini dapatlah kita menghargai saat-saat bersama keluarga sementara kita diberi kesempatan untuk bersama mereka.

Ini Kisah yang diceritakan Oleh Khairul Hakimin.
- - - - - 
Nurul 'Ain sudah tidur. Jam 6.30 pagi tadi kami kejutkan dia, mahu ke SJMC untuk review keputusan darah dan berjumpa doktor pakar kesayangannya.

Sampai di Hospital berebut parking dan cepat mendaftar. Kami turun makan sekejap dan kembali naik menunggu masa mengambil darah dan menanti keputusan ujian yang mengambil masa lebih kurang satu jam.

'Ain mula merepek dan berlari-lari ke sana ke mari. Mamanya mula mahu duduk dan saya mengambil baton untuk melayan karenahnya.

Sambil bermain telefon (lihatlah banyaknya saya kemaskini status pagi tadi), saya sekejap-sekejap melihat 'Ain yang bermain di ruang kecil permainan yang disediakan pihak hospital.
"Itu anak you?" Tanya seorang Aunty berbangsa cina.

"Ya." Saya hanya senyum sekejap dan kembali melihat telefon.

"You untung, anak you comel." Beliau mula mahu bersembang dengan saya. Anaknya juga ligat seperti 'Ain kesana kemari.

Saya terus memandang wajah Aunty dan mengharap ayat lain keluar dari mulutnya.

"Itu anak i, you tak tanya pun i nak story. I dapat dia umur i 39. He only child i have. My husband have multi millions company, but i have one the greatest god gift to me."

"You know, bila husband i balik rumah, i will make sure dia tak pegang handphone. I cakap dengan dia, kita kahwin 15 tahun baru dapat seorang anak lelaki, kita patut syukur. Tuhan bagi duit sampai kubur kita tak cukup besar, tapi Tuhan beri kita anak, kita masih mahu cari duit cari kawan cari senyum sana sini dengan handphone."

"You, i nasihat satu perkara. Bila dengan anak, dengan family, dengan parents. You letak handphone side. Dont ever bother about facebook anymore. Family ini you tak dapat cari lain sampai bila-bila. Take all the time with them. Please."

Saya terdiam. Ada rasa lain pula terdetik dalam hati. Yang sebenarnya isteri saya dah banyak kali pesan tentang ini, emak, adik juga keluarga ramai yang dah pernah nasihat. Tapi tak pernah masuk telinga. Ambil nak Tuhan hantar seorang aunty yang berbeza agama, tetapi penuh mesej yang amat berguna. Subhanallah.

Harap-harap saya dapat beri masa sebaiknya dengan keluarga. Amin.

Khairul. 
Advantura Kembali Ke Pangkal Jalan, 1 destinasi 1 telefon dan 1 keluarga.
- - - - - - -

Semoga dengan apa yang dikongsikan ini diharap dapatlah kita menghargai saat-saat bersama keluarga.



0 Response to "Pesanan Wanita Ini Buka Mata Masyarakat Saat Bersama Keluarga"

Post a Comment