Seperti yang kita semua
sedia maklum, kini harga runcit minyak dijual di pasaran mengikut harga apungan
yang diberi penilaian setiap bulan. Oleh itu, harga sentiasa berubah-ubah pada
setiap bulan pada 1 haribulan.
Walau bagaimanapun,
harga pada bulan April tidak berubah dan harga runcit minyak RON97 dikenaan GST
sebanyak 6%. Terdapat ura-ura yang mengatakan minyak RON95 dan juga diesel
bakal dikenakan 6% GST bermula 1 Mei 2015 ini.
Di sini ingin
ditegaskan bahawa notis di atas ini adalah cas perkhidmatan 6% yang dikenakan
ke atas syarikat minyak dan juga pengedarnya. Cas 6% GST tidak akan dikenakan
kepada pengguna bagi minyak RON95 dan juga diesel.
Kita tunggu dan lihat
berita malam ini tentang pengumuman harga runcit terbaru minyak RON95, RON97
dan diesel pada tengah malam ini!
Sumber : ArenaKereta
0 Response to "RON95 Dan Diesel Tidak Dikenakan GST 6%"
Post a Comment