Adakah
anda seorang ayah atau suami yang merokok? Jika ya, hentikanlah kerana lebih
banyak kesan buruk yang anda bawa bukan hanya kepada diri sendiri tetapi kepada
anak dan isteri di sisi. Umum mengetahui akan keburukan rokok kepada si
penghisap seperti risiko mendapat penyakit kanser, serangan jantung, gangguan
pernafasan dan penyakit paru-paru.
Tetapi
ia turut memberi kesan buruk kepada isteri apatah lagi jika sedang mengandung
dan anak-anak yang masih kecil. Si perokok dikenali sebagai perokok aktif iaitu
mereka yang sedang merokok atau menghidu asap rokok sedangkan perokok pasif
adalah mereka yang menghidu asap rokok daripada orang berhampirannya yang
sedang merokok.
Walaupun
perokok pasif tidak secara langsung menghisap rokok, tetapi asap berterbangan
yang tidak sengaja masuk ke dalam hidung dan mulut turut memberi kesan risiko
penyakit yang disebabkan oleh rokok.
Malahan
perokok pasif lebih berbahaya berbanding perokok aktif. Oleh itu awas wahai
ayah yang merokok! Isteri dan anak-anak kesayangan anda lebih berisiko daripada
anda. Merokok bukan hanya merugikan diri anda sendiri, tetapi juga menggadai
nyawa orang tersayang.
Maka,
si ayah yang bergelar perokok aktif, belajarlah berhenti merokok demi kesihatan
diri sendiri dan mereka yang tersayang. Sementara isteri dan anak-anak yang
menjadi perokok pasif, jauhi diri anda daripada perokok aktif. Jangan benarkan
asap rokok memenuhi ruang kediaman anda!
0 Response to "Papa, Berhentilah Merokok!"
Post a Comment