Masalah keputihan adalah perkara normal yang dialami oleh
kebanyakan wanita. Malahan adakalanya ia semakin ‘menjadi-jadi’ saat diri
berbadan dua. Banyak faktor yang menyebabkan wanita mengalami keputihan
termasuk pemakanan, gaya hidup dan pemikiran.
Namun, memang diakui masalah keputihan akan membuatkan anda berasa
tidak selesa dan kurang keyakinan diri. Jika masalah keputihan yang anda alami
tidak kronik, mungkin kebimbangan anda tidak terlalu memuncak seperti mana
mereka yang mengalami masalah keputihan teruk dan berbahaya.
Sememangnya ada beberapa masalah keputihan berbahaya yang
merupakan satu gejala penyakit tertentu. Oleh itu penting bagi wanita
mengetahui cara membezakan antara keputihan normal dan berbahaya.
Keputihan normal adalah selaput lender organ reproduksi termasuk
rahim, pangkal rahim dan vagina. Ciri-cirinya pula adalah cairan lendir yang
jernih tetapi sedikit keruh.
Sekiranya keputihan yang anda alami bebentuk lender kental,
bergumpal-gumpal, berwarna hijau, kuning, berasa gatal dan berbau hamis, segera
berjumpa doktor untuk melakukan pemeriksaan lanjut. Ini kerana ditakuti
keputihan disebabkan berlaku jangkitan bakteria pada kawasan vagina yang boleh
mengundang bahaya.
0 Response to "Keputihan Normal Atau Berbahaya?"
Post a Comment