Bagi yang bercadang untuk menyusukan bayi secara
eksklusif, ketahui cara penyimpanan susu yang betul. Ini kerana cara
penyimpanan yang salah akan membuatkan susu rosak. Ikuti 6 tips mudah ini.
1. Ikut kuantiti bayi
Simpan susu dalam jumlah yang diambil oleh bayi pada
setiap kali penyusuan. Ini akan mengelakkan pembaziran. Kerja juga menjadi
lebih mudah.
2. Label Dengan Betul
Label setiap bekas dengan tarikh, masa dan jumlah
perahan. Beli sticker dan marker yang murah-murah di kedai-kedai alatulis.
3. Sediakan Ruang
Bukan ruang untuk simpan susu dalam peti sejuk.
Maksudnya, jika susu dibekukan, tinggalkan sedikit ruang di dalam bekas untuk
susu mengembang.
4. Jangan Campur
Ini penting. Jangan sesekali mencampurkan susu yang
baru diperah ke dalam perahan susu yang sudah disimpan. Susu yang elok, mungkin
bercampur susu yang tidak elok. Maka semua susu berpotensi jadi rosak.
5. Freezer Paling Sejuk
Sentiasa simpan susu di bahagian yang paling sejuk di
dalam peti sejuk atau di dalam bahagian dingin beku (bukan di bahagian pintu).
Biasanya, ini tempat orang simpan ikan dan ayam, bukan sayur. Tidak perlu beli
peti sejuk baru. Kemas, bersihkan dan sediakan ruang untuk simpan susu badan.
6. Sekali Guna Sahaja
Guna susu perahan sekali sahaja. Sebab itu diberitahu,
simpan ikut kuantiti bayi. Jangan bekukan kembali susu yang telah
dilarutkan.Tempoh Simpanan Susu Ibu:
Jangkamasa Simpanan Susu Badan
Untuk menyimpan susu perahan, ibu perlu ketahui suhu
dan tempoh simpanan. Susu yang melangkaui tarikh luput adalah berbahaya untuk
bayi.
Suhu bilik: Sehingga 8 jam
Peti sejuk: 24 – 48 jam
Dingin beku (peti sejuk dua pintu) : 3 bulan
Peti sejuk beku lampau (-20): 1 tahun
0 Response to "6 Cara Menyimpan Susu Badan, Agar Tidak Cepat Rosak!"
Post a Comment