Cerita Isteri Curang Di Facebook
Salam,
Baru-baru ini saya ada terjumpa balik bekas teman
lelaki, (ex-boyfriend), yang pertama. Kiranya ini ialah cinta pertama (first
love). Bukan berjumpa berhadapan, hanya di Facebook. Saya baru dapat tahu yang
dia sudah berkahwin dan baru punyai seorang anak. Isteri ex-boyfriend saya
adalah kawan dalam senarai friendlist Facebook saya. Masalahnya sekarang, saya
asyik teringat kisah lama antara saya dan ex-boyfriend saya dulu. Cinta zaman
sekolah antara kami berdua tak kesampaian. Saya dah cuba banyak kali utk melupakan
dia, namun sampai sekarang masih gagal.
Untuk pengetahuan, isteri ex-boyfriend saya mengetahui
apa yang telah berlaku antara saya dan suaminya. Mahu dijadikan cerita, pada
satu hari, isteri ex-boyfriend saya telah menelefon saya dan kami bersembang
penuh mesra. Dia ada mengajak saya ke rumahnya. Katanya, dia ingin mengenali
saya dengan lebih dekat, tapi saya rasa saya tak sanggup nak bertentang mata
dengan ex-boyfriend saya. Nyata sekali, saya rasa tidak boleh berbuat demikian.
Cemburu Dia Mesra Dengan Isteri
Dulu sebelum saya jumpa ex-boyfriend saya dalam
Facebook, saya tidak pernah langsung teringatkan dia. Namun sekarang, lain pula
jadinya. Untuk pengetahuan, saya sudah berkahwin dan mempunyai seorang anak.
Saya sayangkan suami, anak dan rumahtangga saya. Dan saya tidak mahu
menghancurkan rumahtangga ex-boyfriend saya walaupun antara kami dulu pernah
bersama. Namun, kadang-kadang hati saya berasa cemburu melihat kemesraan antara
ex-boyfriend saya dengan isteri dia. Sehinggakan saya pernah terfikir kenapa
antara kami harus berpisah dulu?
Seandainya kami tetap bertahan mempertahankan hubungan
cinta kami dulu, sudah tentu cinta kami akan kesampaian ke jinjang pelamin.
Benarkah kata orang bahawa cinta pertam tidak boleh dilupakan walaupun hingga ke
akhir hayat? Saya harap pembaca dapat membantu saya menyelesaikan masalah saya
ini.
Terima kasih.
pernah dan sedang berfikir.. perlu ke saya add friend dia?? saya risau ganggu emosi sidia..
ReplyDeleteex girlfriend terjumpa di facebook bersama semuai.....
tq