Memang menusuk kalbu…
Itulah yang dapat dirungkaikan selepas penulis
menonton video Banduan Akhir, Mesej Dari Penjara yang ditayangkan oleh program
Wanita Hari Ini (WHI).
Sofia, yang merupakan banduan akhir bakal menjalani
hukuman gantung sampai mati di atas kesalahan membunuh ahli keluarga sendiri.
Kehadiran Sofia di studio WHI ternyata memberikan satu
suasana yang suram dan kelam apabila mendengar rintihannya sepanjang menjalani
kehidupan di penjara.
Malah, tetamu VIP pada hari itu, Menteri Dalam Negeri,
Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi turut terharu ketika melihat Sofia
dipertemukan dengan ibu bapanya dan juga anak saudara yang paling rapat dengan
dirinya.
Memang sedih..
Tapi, seperti kata Ustaz Abd. Rasyid Ahmad yang turut
menjadi tetamu pada hari itu, cara kematian tidak penting, yang penting adalah
mati dalam keadaan beriman atau Husnul Khatimah.
Sekurang-kurangnya dengan mengetahui waktu dan tiba
hari kematiannya, Sofia mungkin sudah melengkapkan dirinya dengan bekalan untuk
dibawa ke akhirat kelak..
Apa-apa pun kita doakan sahaja yang terbaik buat
Sofia..
0 Response to "Video Sedih: Mesej Dari Banduan Akhir Wanita"
Post a Comment