Gambar Hiasan |
13 ADAB ISTERI TERHADAP SUAMI YANG PATUT KITA KETAHUI
1. Semasa suami bercakap hendaklah isteri diam
mendengarnya dan jangan suka menyampuk atau memotong cakapnya.
2. Bila suami marah hendaklah isteri mendiamkan diri,
jangan suka menjawab. Sikap suka menjawab, bertekak dan menegakkan kebenaran
sendiri akan menambahkan lagi kemarahan suami.
Jangan terkejut jika suami angkat kaki meninggalkan
rumah berhari-hari atau tidak mahu bertegur sapa dengan anda sebagai denda di
atas kedegilan anda sebagai isteri.
Sebaliknya, kalau suami kembali ke rumah jangan disambung
atau diulang-ulangi cerita lama. Sambutlah suami dengan senyuman kasih sayang
dan bersegeralah meminta maaf.
Jangan kita tunggu suami meminta maaf dengan isteri,
jatuhlah martabat keegoannya selaku seorang lelaki.
3. Kadang-kadang si suami sengaja suka mengusik
isterinya. Bila dia menyakiti hati isteri hendaklah banyak bersabar, jangan
cepat merajuk.
Merajuk adalah sifat orang yang tidak matang dan
seperti perangai keanak-anakan.
Cuba kita perhatikan perangai kanak-kanak, mereka akan
cepat menjerit bila ada sesuatu yang tidak kena tambahan pula kalau yang
menegurnya itu ibunya sendiri.
4. Bila kuku, misai dan janggutnya panjang hendaklah
segera dipotongkan (jika panjang janggutnya lebih dari segenggam).
5. Jika dia berhajat sesuatu hendaklah isteri cepat
bertindak. Bangun segera bila disuruh. Jangan melengah-lengahkan kemahuannya
supaya tidak mencetuskan kemarahan atau rasa tersinggung dihatinya.
Jangan isteri buat acuh tak acuh, hatinya akan kecewa
dan menandakan isteri sudah tidak taat padanya.
6. Hendaklah memasak mengikut kesukaan suami bukannya
ikut selera isteri. Kalau suami suka makan gulai kari atau masak lemak cili
api, janganlah kita masak lauk asam pedas atau ikan goreng.
Suami akan gembira bila seleranya ditepati.
7. Apabila pakaian suami koyak atau tercabut butangnya
hendaklah segera dijahit. Jahitlah dengan secantik yang boleh supaya pakaian
itu kelihatan kemas dan cantik.
Jangan dibuat sambil lewa kerana jahitan tersebut akan
melambangkan peribadi isteri samada ikhlas atau terpaksa.
Semua suami akan berasa bangga jika pakaiannya dijahit
sendiri oleh jari-jemari halus isterinya, sekurang-kurangnya dapat menampung
ekonomi rumahtangga.
8. Sentiasa sediakan barang-barang keperluan di dalam
poket baju dan seluar suami iaitu sikat, celak, cermin kecil, minyak wangi dan
kayu sugi.
Tidak menjadi kesalahan seandainya si suami menolak
segala persediaan tersebut tetapi sekurang-kurangnya sediakanlah minyak wangi
dan kayu sugi.
9. Bila bertembung kehendak suami dan anak-anak,
dahulukanlah kehendak suami, begitu juga dengan kehendak ibu ayah.
Sekiranya suami ingin dilayan hendaklah ditaati
meskipun isteri berada di dalam keadaan letih. Melayani suami merupakan satu
pahala besar keatas setiap isteri.
Gambar Hiasan - Kredit to google image |
10. Apabila menggunakan harta suami ataupun duit yang
hendak kita hadiahkan kepada ibu bapa maka mintalah izin darinya terlebih
dahulu.
Jangan beri dahulu kemudian baharu diberitahu kepadanya.
Siapa tahu mungkin wang itu amat diperlukan sedangkan isteri sewenang-wenangnya
telah menghadiahkan kepada orang lain, suami dapat pahala sedangkan isteri
tidak dapat apa-apa.
Sebenarnya meminta izin itu ialah sebelum melakukan
sesuatu tindakan bukannya setelah perkara itu berlaku diberitahu. Ini silap
sebenarnya tapi kes-kes seperti inilah yang sering berlaku di kalangan para
isteri.
11. Sentiasa berada di dalam keadaan bersih dan kemas
ketika suami berada di rumah.
Isteri hendaklah berada di dalam keadaan
berwangi-wangian supaya hatinya senang untuk bersenda gurau dengan isterinya.
Ketahuilah bahawa bersenda gurau antara suami isteri
juga merupakan salah satu ibadah yang diredhai oleh Allah swt.
12. Air minum suami hendaklah sentiasa disiapkan
jangan sampai dia minta biarpun sekadar air masak sejuk.
Sebaik-baiknya sediakanlah minuman panas seperti kopi,
teh atau susu.
Kalau boleh sediakan makanan ringan seperti kuih-muih
dan biskut
Hal ini juga dapat mengelak anak-anak dari membeli
makanan ringan di kedai yang tidak mengandungi zat di samping tidak terjamin
kebersihannya.
13. Hendaklah isteri sentiasa menghormati dan
memuliakan keluarga suami.
Bersikap ramah-tamahlah dengan keluarganya dan
bersabarlah di atas segala tindakan mereka walaupun kita kurang menyukai
0 Response to "13 ADAB ISTERI TERHADAP SUAMI YANG PATUT KITA KETAHUI"
Post a Comment