Gambar Hiasan |
Ketika isteri mengandung, suami hendaklah benar-benar
bertanggungjawab terhadap isteri kerana perasaan isteri sangat sensitif pada
saat itu. Ada suami ketika isteri mengandung melibatkan emosi. Isteri sangat
memerlukan perhatian daripada suami yang disayanginya. Ada beberapa perkara
yang perlu suami lakukan terhadap isteri yang sedang mengandung :
1. Suami hendaklah menunjukkan rasa kasih sayang
terhadap isteri, sebagai teman hidup yang paling dekat.
2. Hendaklah berlaku jujur dan setia terhadap isteri
serta hindari daripada bersikap kejam terhadap isteri.
3. Selesaikan dahulu jika ada perselisihan faham yang
berlaku dengan isteri sebelum masuk tidur.
4. Jangan mudah mengeluarkan perkataan talak kepada
isteri.
5. Ketika isteri hampir bersalin, suami digalakkan
membaca doa berikut,
Maksudnya :
“Tiada Tuhan yang disembah melainkan Engkau Maha Suci. Engkau Ya Allah,
sesungguhnya aku termasuk di kalangan orang yang zalim”
6. Suami hedaklah kerap solat sunat atau solat hajat
dan mendoakan agar isteri dan anak dalam kandungan selamat. Mengandung akan
memberi tekanan terhadap wanita dari segi fizikal, ia harus menampung
kandungannya, tubuh badannya bekerja lebih kuat. Jantungnya mengepam darah 40%
lebih daripada keadaan biasa. Buah pinggangnya harus mengendalikan pembuangan
kotoran bayinya.
Wanita mengandung juga mengalami perubahan emosi, maka
tugas para suamilah untuk menjaga hati para isteri.
0 Response to "Adab Suami Ketika Isteri Mengandung"
Post a Comment