Rakyat Malaysia Terima Subsidi Minyak Ikut Gaji Bulanan

Gambar Hiasan
Program rasionalisasi subsidi minyak akan dijalankan menerusi tiga peringkat, bergantung pada pendapatan bulanan rakyat – demikian diumumkan Menteri Kewangan Kedua, Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah.

Menteri Kewangan Kedua, Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah.

 Beliau menjelaskan, mereka yang memiliki pendapatan bawah RM5,000 akan menerima subsidi penuh sementara rakyat Malaysia yang memiliki pendapatan antara RM5,000 dan RM10,000 akan mendapat nilai subsidi tertentu.

Manakala mereka yang mempunyai pendapatan RM10,000 ke atas pula, tidak akan diberikan subsidi minyak.
Ahmad Husni berkata, mekanisme program kini sedang diusahakan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan.


0 Response to "Rakyat Malaysia Terima Subsidi Minyak Ikut Gaji Bulanan"

Post a Comment