Gambar Hiasan |
30hb
, suami dapat gaji RM3,000.00 terus buat internet banking bayar bill air
Rm30.00, bayar duit rumah Rm700.00 bayar duit kereta Rm700.00 , bil telephone
suami dan isteri Rm200.00 , bill elektrik Rm170.00 , ansuran motor Rm150.00 dan
yuran tuisyen anak Rm150.00 ..serta menukarkan Rm150.00 duit pecah
seringgit-seringgit untuk belanja sekolah anak anak untuk sebulan...lalu
berbekalkan duit baki Rm750.00 balik kerumah jemput isteri dari tempat
kerja..terus di sambut ngan isteri satu soalan " ari ni hari gaji abang
kan??..jom pergi beli barang dapur byk dah habis sambil bawak bebudak makan
luarlah mlm ni sebab I tak laratlah nak masak ari ni... bebudak pun esok hari
sabtu cutikan? Suami mengangguk lemah terpaksa setuju demi anak dan isteri.
Sampai
di rumah disambut pulak dgn anak yg bongsu " Ayah cikgu adik ckp ari isnin
cikgu nak RM20.00 untuk beli baju sukan yg baru." Isteri spontan menyampuk
" mintak kat ayah..ayah baru dapat gaji..sambil anak yg sulung pula
mencelah .." ayah kakak pun nak duit Rm 30.00 hari isnin untuk beli buku
rujukan dah dekat nak peperiksaan ni..Si suami terus mengeluarkan Rm50.00 untuk
anak bongsu dan anak sulong ..
Kemudian
bila selepas magrib berangkatlah anak beranak ke kedai untuk mkn dan berbelanja
barang dapur dan sebelum itu suami singgah isi minyak kereta Rm50.00 langsung
ke kedai makan dan makanlah anak beranak tersebut dgn bil makan berjumlah
Rm50.00..Setelah itu langsung pergi berbelanja barang dapur dgn jumlah Rm
250.00 untuk barang kering dan Rm 50.00 untuk barang basah..
setelah
semuanya selesai pulanglah keluarga tersebut kerumah dgn suami hanya tinggal
gaji yg baru dpat pagi tadi sebanyak Rm300.00 sahaja.Maka tidurlah si suami dgn
mata yg terkebil kebil mengenangkan baki duit yg tinggal hanya dlm beberapa jam
sahaja dapat gaji tadi..
Keesokkannyer
pagi sabtu isteri suruh si suami belikan roti canai untuk sarapan pagi...suami
pun pergilah beli dgn modal Rm5.00 dan surat khabar Rm1.50.. manakala menjelang
petang si isteri dan anak anak ajak suami jalan jalan di pasar malam Jalan TAR
sempena malam minggu...si suami ikutkan jugak dlm keadaan dilema bagi menjaga
hati isteri dan anak anak.Terpaksa tambahkan lagi minyak kereta sebanyak
Rm30.00 ..
sesampai
di jalan TAR si isteri berkenan dgn tudung bawal berharga Rm15.00 mintak
dibelikan..suami pun keluarkan duit bayar..kemudian bila kedepan sedikit
bahagian pakaian kanak kanak pula nampak baju tidur anak anak yg berharga
Rm15.00 sehelai..isteri pun selamba kata " bang baju tidur bebudak ni pun
dah lusuh..belikan diorg yg baru ni.murah jer Rm15.00 hengget...suami keluarkan
lagi Rm30.00 untuk baju tidur anak anak.
Lalu
terus pulang ke kereta untuk balik kerumah bersama sama..tetapi dalan
perjalanan nak pulang anak anak merengek dahaga dan lapar .mintak singgah di
kedai makan untuk makan mlm...sang ayah kesiankan dgn rengekan anak pun
singgahlah di kedai makan tomyam dan makan dgn membayar Rm30.00 lagi..Jumlah
keseluruhan baki yg tinggal selepas 48jam dapat gaji ialah Rm188.50.
Esok
hari Ahad...isteri suh pergi kedai pagi pagi untuk belikan santan dan sedikit
ikan bilis untuk masak nasi lemak sebagai sarapan pagi...suami modalkan lagi
Rm7.00 dan Rm1.50 untuk suratkhabar...tinggallah duit gaji genap Rm180.00..Malamnyer
pulak beri pada isteri Rm150.00 untuk belanja makan dia di pejabat atas dasar
nafkah kepada isteri tercinta...
Maka
bermulalah pagi hari isnin si suami dgn berbekalkan modal baki gaji hari jumaat
kelmarin sebanyak Rm30.00 untuk isi minyak motor dan makan di pejabat..serta
menghitung hari lagi untuk ke 30hb yg akan datang samada sampai atau
tidak??....selang seminggu selepas itu pada hujung minggu isteri ajak balik
kampung melawat ibu ayah dia di kampung..suami katakan tidak.ada modal...lalu
isteri menjawab dgn sinis " kalau ajak balik.kampung saya jer takder
duit...klu ajak balik kg saya jer abg kata tak der duit...mana pergi duit gaji
abang selama ni....takkanlah seminggu gaji dah tak berduit...abg ada pompuan
lain ke??" Terpinga pinga suami nak di jawab jadi perang...nak di
ceritakan yg sebenar nanti disalahkan balik.
0 Response to "Diari Ikhlas Seorang Suami Yang Pasti Menyentap Perasaan Para Isteri"
Post a Comment