Anjing atau kucing yang
dijadikan hidangan bukanlah perkara pelik di negara jiran seperti Thailand dan
Indonesia.
Tapi di Malaysia, perbuatan
begini dianggap janggal dan boleh menimbulkan keresahan pencinta kedua-dua
haiwan ini.
Begitu
pun di Pulau Pinang, seorang lelaki Cina dikesan selamba badak sahaja jual
anjing untuk dijadikan makanan di tepi jalan dekat pasar Ayer Hitam.
Bila
ditanya, katanya anjing itu untuk makanan pekerja asing warga Vietnam yang amat
menggemari daging haiwan tersebut.
Sekejap
sahaja perbuatannya ini sampai ke pengetahuan penguatkuasa MPPP tetapi
setibanya mereka di sana, apek ini dilaporkan pandai pula tak datang berniaga
dan kemungkinan besar, dah pindah port lain agaknya.
Harap-harap,
benda pelik macam ini dapat dihentikan segera.
Punca masalahnya satu
sahaja, bila ada rakyat Malaysia yang tak berasa macam dia tinggal di negara
berbilang kaum dan agama sampai sensitiviti tu tak ada.
0 Response to "Apek Kat Penang Selamba Jual Anjing Untuk Hidangan"
Post a Comment