Lagi kejadian jenayah dirakam memperlihatkan
ketamadunan manusia semakin pupus.
Mengapa perkara ini acap kali berlaku hingga boleh
mendatangkan bahaya bagi nyawa mangsa yang terlibat?
Adakah kita yang terlalu cuai atau manusia semakin
berani melakukan perkara-perkara jenayah?
Terkini, sebuah video menjadi viral di laman sosial
memperlihatkan rakaman kes ragut di Taman Molek, Johor Bahru.
Mangsa seorang wanita yang sedang menjamu selera
berseorangan di sebuah restoran secara tiba-tiba didatangi ‘mat motor’ yang
wajahnya ditutup dengan helmet.
Peragut tersebut dengan berani merampas beg milik
mangsa yang sedang diletakkan di atas paha mangsa hingga menyebabkan mangsa
terjatuh secara tiba-tiba dan peragut pantas melarikan diri sebelum disedari
orang ramai.
Mangsa yang terpinga-pinga cuba mendapatkan begnya
semula namun gagal.
Kesian mangsa, sudah lah sedang lapar tiba-tiba begnya
pula diragut. Memang kejam, moga-moga peragut itu segera ditangkap!
Wanita-wanita diluar sana berhati-hatilah kemana
sahaja anda berada ya.Jangan sudah terhantuk ,baru terngadah.
0 Response to "Video Kes Ragut Di Johor Bahru Viral"
Post a Comment