Di
Peru, seorang ibu paling muda ditemui dalam sejarah perubatan apabila
melahirkan anak pada usia lima tahun, tujuh bulan dan 21 hari.
Ibu
tersebut bernama Lina Medina dan lahir pada 27 September 1933.
Tiada
siapa menyangka kanak-kanak berusia 5 tahun sedang mengandungkan seorang bayi
malah ibu bapanya juga beranggapan perut Medina itu semakin membesar disebabkan
ketumbuhan.
Mereka
membawa Medina ke pusat perubatan dan doktornya, Dr Gerardo Lozada mengesahkan
Medina sedang hamil selama 7 bulan.
Medina
akhirnya selamat melahirkan anak lelakinya pada 14 Mei 1939, dengan cara
pembedahan kerana badan Medina terlalu kecil dan boleh membahayakan nyawanya
jika bersalin secara normal.
Medina
menamakan anaknya Gerardo sempena nama doktor yang merawatnya buat pertama
kali.
Kes
Medina disiasat dan dikaji oleh Dr Edmundo Escomel dalam jurnal perubatan La
Presse Médicale dan mendapati sememangnya Medina boleh hamil kerana dia
mengalami kitaran haid sebelum berusia 5 tahun.
Anaknya
, Gerardo pada mulanya hanya menganggap Medina sebagai kakaknya akhirnya
mengetahui kebenaran pada usia 10 tahun.
Namun
mesti anda tertanya-tanya siapakah ayah Gerardo bukan?
Sehingga
kini Melinda tidak pernah mendedahkan siapakah yang menyebab ibu muda itu
mengandung tetapi bapanya pernah ditahan atas tuduhan gangguan seksual ke atas
Medina ,namun dilepaskan kerana tiada bukti kukuh.
Lina
bersama anaknya setelah dewasa
Setelah
dewasa ,Medina kemudian berkahwin dengan seorang jejaka, Raúl Jurado dan
berpindah ke Little Chicago.
Macam
tidak percaya kanak-kanak sekecil itu sudah bergelar ibu.
0 Response to "Ibu Paling Muda Berusia 5 Tahun… Kejadian Di Peru!"
Post a Comment