Semalam, 7 Oktober 2014, seorang pengguna Twitter memuat naik
sekeping gambar yang menunjukkan lima orang lelaki yang dipercayai warga
Bangladesh sedang menunggu untuk diberikan agihan daging korban di sebuah
masjid yang tidak dinyatakan lokasinya.
Selepas sembahyang, upacara korban dimulakan. Lembu, kambing dan
biri-biri yang dikorbankan akan disembelih secara beramai-ramai sebelum
dibahagikan kepada orang ramai terutamanya golongan fakir miskin.
Menurut sumber, lima lelaki Bangladesh ini mahu menyaksikan
ibadah korban tersebut dihalau bagaikan binatang oleh seorang individu yang
bergelar Haji. Malah mereka juga turut kempunan mendapatkan agihan daging
korban.
Andainya kejadian ini benar-benar berlaku, ini satu perkara yang
amat menyedihkan serta memalukan. Walaupun mereka warga Bangladesh, mereka juga
manusia dan juga saudara Islam dan seagama.
Sudahlah mereka terpaksa meninggalkan keluarga, berhijrah jauh
dari kampung halaman demi mencari rezeki untuk keluarga mereka. Apa salahnya
bersedekah kepada mereka?
Bagaimanapun, ada yang
mendakwa pada ketika itu, daging-daging masih belum siap dibungkus. Pihak
masjid juga telah mempelawa mereka makan tengah hari bersama dan mereka turut
diberikan kopun.
Namun, dakwaan itu dinafikan terus oleh seorang saksi yang
berada di tempat kejadian dan mendakwa kenyataan terbabit cuba memburukkan imej
UMNO.
Seorang saksi yang juga penduduk di kawasan tersebut tampil
menjelaskan bahawa kejadian yang sebenarnya.
Menurut Hairun NishaQaliesya, pakcik yang dikatakan Haji itu,
memang ada bertanya kepada lima lelaki warga Bangladesh terbabit sama ada
mereka Islam ataupun bukan. Setelah mendapati mereka beragama Islam, pakcik
terbabit memberikan mereka makan dan juga daging korban. Bukan seperti yang
didakwa oleh pengguna Twitter terbabit yang nyata melencong dari fakta asal.
Menurut Hairun lagi, Pakcik yang dikatakan Haji itu bukanlah
Haji yang sebenar-benarnya. Beliau hanya berpakaian seperti seorang Haji dan
menjadikan penduduk di situ memanggilnya dengan panggilan Haji.
Sumber: mymediahub
0 Response to "CERITA SEBENAR 5 WARGA BANGLADESH TIDAK DIBERI DAGING KORBAN"
Post a Comment