MENYEDIHKAN
apabila seorang kanak-kanak lelaki maut pagi raya lalu kerana dilanggar sebuah
kenderaan di perkarangan sebuah tahfiz di Pasir Panjang, Baling, Kedah.
Dalam
kejadian jam 10.30 pagi itu, mangsa, Hamzah Mohd Yusren, 2 tahun dilanggar
ketika kenderaan itu sedang mengundur untuk keluar dari kawasan tempat letak
kereta pusat tahfiz itu.
“Hasil siasatan
mendapati kemalangan berlaku apabila pemandu motokar mengundur keluar daripada
kawasan parkir bangunan Maahad itu. Semasa mengundur ke belakang, dipercayai
mangsa berlari di belakang motokar terbabit tanpa disedari pemandu dan terkena
belakang tayar sebelah kanan,” memetik jurucakap polis.
Mangsa
kemudian dikejarkan ke Hospital Baling dan disahkan meninggal dunia kira-kira
12.25 tengah hari
Hasil
bedah siasat mendapati punca kematian disebabkan kecederaan parah di kepala.
AL- Fatihah !!!
0 Response to "Budak Dua Tahun Maut Dilanggar Bapa"
Post a Comment