Tentu kita pernah mendengar
ungkapan, ‘Apa Ada Pada Nama’ bukan? Telah terbukti bahawa nama amat penting
dalam memain peranan terhadap diri seseorang individu/insan.Dalam program
Tanyalah Ustaz, di TV9, Ustaz Sharhan Shafie seorang pengamal perubatan Islam
menyatakan nama-nama berikut merupakan antara nama-nama anak Jin.Walaupun
sebutan nama-nama berkenaan sedap didengar dan maknanya elok, menurut
pengalaman beliau yang banyak mengubat pesakit-pesakit berkaitan sihir dan
gangguan makhluk halus, nama-nama ini boleh mendatangkan penyakit misteri
kepada seseorang.
Eloklah TIDAK mengambil nama-nama di bawah ini untuk dinamakan
pada anak-anak :
1. Balqis - ketua Jin
2. Qistina/Kistina - penghulu jin
3. Najwa - bisikan
4. Zaquan/Zakuan - anak jin
5. Batrisya
6. Erisya
7. Haikal - tengkorak
Peringatan dari Ustaz Sharhan
Shafie, kepada mereka-mereka yang mempunyai nama-nama seperti di atas TIDAK
perlu untuk menukarkan nama tetapi cukuplah dengan menukar nama panggilan.
Sebagai contoh, kalau nama NUR NAJWA. Kalau sebelum ini nama panggilan adalah
Najwa, elok ditukarkan kepada Nur saja.Sesungguhnya segala macam penyakit sama
ada sakit biasa atau misteri, semuanya datang dari Allah SWT. Bukan dari nama
seseorang, semuanya ketentuan-Nya jua.
Cuma apa yang Ustaz Sharhan mahu sampaikan ialah dia selalu jumpa kes-kes pesakit yang datang untuk buat rawatan, pesakit itu namanya sama seperti nama-nama anak jin di atas. Sebab itulah dia menasihatkan kalau boleh elakkan memberi nama anak seperti nama anak yang selalu dipakai jin, walaupun tidaklah salah apatah lagi berdosa memakai nama tersebut.

0 Response to "7 Nama Bayi yang Perlu Dielakkan"
Post a Comment