China - Sushi, makanan Jepun yang
biasanya disajikan bersama kepingan daging mentah, mungkin menggiurkan bagi
sesetengah orang. Tapi awas, anda perlu berhati-hati apabila mengambil makanan
ini.
Baru-baru ini di China, seorang
penggemar sushi di sini telah berhadapan dengan satu keadaan yang menggerunkan
apabila dia mendapati bahagian dalaman badannya telah dipenuhi dengan makhluk
parasit, cacing pita, kerana memakan terlalu banyak sushi jenis sashimi,
kepingan ikan mentah.
Lelaki China tersebut berjumpa doktor
kerana mengalami sakit perut dan kulit gatal. Imbasan yang dibuat oleh doktor
mendedahkan keseluruhan badannya telah dijangkiti oleh cacing pita. Doktor
mengatakan perkara ini disebabkan oleh sejumlah besar ikan mentah yang telah
dimakannya. Kes-kes seperti ini meningkat kerana populariti sushi yang semakin
melambung tinggi
Doktor percaya yang sushi yang
dimakan oleh lelaki itu telah tercemar. Dia kini telah dirawat di hospital di
Guandong.
Kajian mendapati memakan kepingan
daging mentah atau separa masak boleh mendatangkan jangkitan pelbagai parasit
berbahaya kepada manusia.
Dalam
kes lelaki diatas, jangkitan cacing pita berlaku setelah dia menelan larva
diphyllobothrium yang biasanya boleh ditemui dalam ikan air tawar seperti ikan
salmon. Dan walaupun ikan itu diperap atau pun disalai, larva itu masih hidup.
(Note
: Ikan Salmon berasal dari air tawar, kemudian bermigrasi ke laut).
Masalah
ini biasanya terjadi di kawasan-kawasan miskin yang mana tahap kebersihan
adalah rendah. Namun, kini ia menular ke kawasan bandar kerana sashimi semakin
popular dalam masyarakat.
Jangkitan
ini boleh membawa maut sekiranya ia sampai ke otak..
0 Response to "NGERI!!!! Badan Dipenuhi Cacing Selepas Makan Sushi Mentah Tercemar"
Post a Comment