VIRUS ZEUS GODAM TELEFON BIMBIT
PINTAR DIKESAN: Polis mengesan penularan virus 'Zeus' yang sebelum ini
digunakan untuk menggodam maklumat peribadi seseorang melalui komputer, kini
diaplikasikan terhadap pengguna telefon pintar.
Virus ini dikesan Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman, digunakan sindiket dipercayai didalangi warga asing dari benua Eropah yang 'menyerang' lapan mangsa di negara ini sejak awal bulan ini, membabitkan kerugian RM59,400.
Siasatan polis mendapati, wang yang dicuri melalui kaedah ini dipindahkan dari satu akaun ke akaun lain bagi mengabui mata pihak berkuasa sebelum kali terakhir dikesan dimasukkan ke dalam satu akaun yang dipercayai berada di Ukraine.
Modus operandi dimulakan dengan menghantar mesej pesanan ringkas (SMS) atau menggunakan aplikasi WhatsApp melalui nombor +44 secara rawak kepada pengguna telefon pintar yang mengandungi pencari sumber seragam (URL).
Disebalik URL dihantar itu, ia sebenarnya adalah satu virus yang dicipta di Amerika Syarikat (AS) dikenali sebagai 'Zeus' atau 'Trojan Horse', yang kebiasaannya digunakan penggodam untuk mencuri maklumat pengguna sesuatu aplikasi di komputer namun kini dikesan digunakan terhadap pemilik telefon pintar. Maklumat tambahan Virus itu akan terus ‘berumah’ dalam telefon pintar mangsa sebaik menekan URL yang dihantar dan memulakan operasinya apabila khidmat perbankan atas talian digunakan pengguna gajet.
0 Response to "VIRUS ZEUS GODAM TELEFON BIMBIT PINTAR DIKESAN"
Post a Comment