Peminat tegar Shila Amzah nampaknya harus bertenang
dengan ketaksuban terhadap penyanyi kesayangan mereka ini. Bukan sahaja boleh
buat imej penyanyi itu sendiri tercalar, malah ada yang seakan sengaja
memperbodohkan diri sendiri.
Astro Gempak hari ini melaporkan yang Dato’ Siti
Nurhaliza menjadi mangsa terbaru fitnah seorang peminat Shila Amzah di
Instagram baru baru ini dan komen peminat itu sendiri mendapat perhatian
penyanyi nombor satu Malaysia itu.
Peminat itu mendakwa yang Dato’ Siti Nurhaliza banyak
membeli dan memberikan hadiah kepada para wartawan hiburan Malaysia sehingga
semua media bersikap baik dengan penyanyi itu dan tidak mempunyai banyak
masalah sepanjang bergelar artis.
“Aik? Saya pun termasuk dalam cerita ini? tetapi
tentang gifts (hadiah) itu memang fitnah semata mata. Tak baik buat fitnah.
Lagi dahsyat dari membunuh, adik agama apa?“ jawab Siti Nurhaliza.
Bercakap kepada Berita Harian berkaitan isu ini, Dato’
Siti Nurhaliza memaklumkan beliau terpaksa menegur sikap fanatik sesetengah
peminat artis yang sewenang-wenangnya menabur fitnah demi mempertahankan artis
kesayangan mereka.
“Siti sedar ada peminat fanatik yang tidak berfikir
panjang dengan membuat andaian sebegitu. Siti sudah lali dengan keadaan begini.
Memang ada masa peminat mahu mempertahankan artis kesayangan mereka dengan apa
cara sekalipun”
“Cuma dalam isu membabitkan Shila (Amzah) ini, Siti
tidak seronok apabila andaian yang dibuat peminatnya boleh mendatangkan fitnah.
Siti membalas komen itu sebagai peringatan dan teguran buatnya,“ tambah beliau
lagi.
Walaupon seminat mana pon kita dengan seseorang artis itu, janganlah kita terlampau taassub sehingga melaga-lagakan mereka di khalayak ramai. sudah tentu mereka sendiri berasa malu dengan diri sendiri kerana mempunyai peminat seperti anda.
0 Response to "Dato' Siti Nurhaliza Jadi Mangsa Fitnah Peminat Tegar Shila Amzah"
Post a Comment