Alvin Tan, salah seorang dari pasangan
blogger terkenal Malaysia ‘Alvivi’
nampaknya sekali lagi mencetuskan kontroversi dengan status yang dimuat naik
olehnya di laman Facebook miliknya.
Lihat saja gambar yang telah dimuat
naik oleh Alvin di atas, terpampang jelan perkataan yang tidak sepatutnya
diluahkan.
Menurut apa yang ditulis di dalam
statusnya itu, Alvin menyuarakan perasaan tidak puas hati dengan akta hasutan
yang telah menyebabkan ramai di Malaysia dihukum.
Selain itu, Alvin juga turut
mengeluarkan beberapa kata- kata kesat kepada beberapa pemimpin tertinggi
Malaysia termasuklah Perdana Menteri Malaysia, Dato Sri Najib Tun Razak. Di dalam
statusnya itu, Alvin mengatakan Dato sri Najib sebagai ‘tiada telur’, Zahid Hamidi
sebagai ‘penjahat sejati’ dan menyamakan Khalid Abu Bakar dengan pemimpin Nazi,
Heinrich Himmier.
Alvin Tan yang kini dikehendaki oleh
pihak berkuasa Malaysia mendakwa beliau telah melarikan diri ke Amerika
Syarikat untuk mendapat perlindungan politik. Tan dan pasangannnya Vivian Lee
menghadapi tuduhan di bawah Akta Penapisan Akta Hasutan dan Filem Malaysia.
0 Response to "Alvin Tan Cetus Kontroversi Tak Puas Hati Dengan Akta Hasutan"
Post a Comment