Beijing: Seorang
wanita di timur China yang ingin melalui jalan pintas untuk pulang ke
rumahterperangkap dalam sebuah tembok selama tujuh jam kerana penduduk
menyangkanya hantu.
Jalan susur itu bagaimanapun menjadi sangat sempit menyebabkan
dia tersepit di dalamnya, lapor televisyen kerajaan CCTV.
Disebabkan jalan untuk berpatah balik terlalu jauh, wanita dari
wilayah Anhui, China itu memilih laluan itu sebelum terperangkap dalam tembok
konkrit berkenaan.
Jeritannya tidak membantu kerana penduduk menyangka ia suara
hantu.
Akhirnya, seorang penduduk yang melalui kawasan itu menyedari
bahawa jeritannya itu benar-benar suara manusia sebelum menghulurkan bantuan.
Dalam rakaman video, anggota bomba dilihat memecahkan bahagian
dalam tembok konkrit itu bagi mengeluarkan wanita berkenaan. Menurut laporan
media tempatan, operasi menyelamat itu mengambil masa kira-kira 20 minit. –
Agensi
GAMBAR mengikut turutan menunjukkan bagaimana anggota bomba
berusaha mengeluarkan wanita yang terperangkap dalam sebuah tembok.
0 Response to "SADIS!! Wanita Yang Teperangkap Dalam Tembok Disangka Hantu.."
Post a Comment