China - Seorang guru lelaki di yang mengajar di
Shaanxi Insitute of Techology secara curi-curi mengambil gambar pelajar
perempuan ketika mereka mandi.
Tetapi, akhirnya aktiviti tak senonoh guru terbabit
terbongkar dan dia telah dibelasah teruk oleh pelajar di sekolah terbabit
selepas dia terjatuh dari motosikal kerana ingin melarikan diri.
Kini, guru tersebut didalam keadaan kritikal dan
nyawanya kini berada di hujung tanduk kerana kecederaan teruk. Walaupun begitu,
rata-rata komen dari orang ramai berkata guru tersebut telah mendapat balasan
yang setimpal.
Dua pelajar perempuan yang menjadi mangsa rakaman
guru berkenaan merupakan pelajar baru yang baru sahaja masuk pada bulan
september ini, dan mereka tersangat kecewa dengan tindakan guru terbabit.
0 Response to "GURU DIPUKUL SETENGAH MATI KERANA AMBIL GAMBAR PELAJAR PEREMPUAN MANDI"
Post a Comment